CENTER OF EXCELLENCE (COE)
CENTER OF EXCELLENCE (COE)
PERALATAN DIGITAL HUB COE
Kamera PTZ BirdDog bersama Tripod
Set Teleprompter
Saramonic Wireless Mic
Green Screen bersama Stand dan Clamps
LED Light bersama Stand
Netgear Network Switch
Laptop MSI Thin Model GF63
Samsung LED Monitor 21 inci
Set VR Box
Filament 3D Printer
Creality K1 3D Printer
Set Kit Mikrobotik
Set Kit Reka Edukit
KERATAN AKHBAR BERNAMA
KUALA LUMPUR, 1 JUN: Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menaik taraf 384 institusi pendidikan di seluruh negara untuk dilengkapi dengan kemudahan digital bagi dijadikan Pusat Kecemerlangan Pendidikan (COE) pada tahun ini.
Menterinya Fadhlina Sidek berkata kerja menaik taraf di kesemua institusi terlibat termasuk Pusat Kegiatan Guru (PKG) adalah bagi usaha pembudayaan digital dengan pembekalan studio digital dan hab pembuatan digital untuk memantapkan kemahiran dan kompetensi guru.
“Jadi sebab itu kita mengangkat dan mengambil inisiatif menambah baik pusat kegiatan guru ini di 384 (tempat) dalam usaha kita mempersiapkan pusat kecemerlangan ini.
Sumber BERNAMA
MAKLUMAT BILIK COE
3 PKG Kuala Terengganu dinaik taraf sebagai COE
3 buah PKG di Kuala Terengganu antara institusi pendidikan seluruh negara yang dilengkapi dengan kemudahan digital yang diwujudkan sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan (COE) pada tahun ini.
COE Kuala Terengganu dilengkapi dengan dua kategori iaitu Studio Digital dan Digital Maker Hub. Kedua-dua kategori ini dilengkapi dengan pelbagai peralatan rakaman dan juga robotik.
1. Studio Digital
Dilengkapi dengan Kamera PTZ Bird Dog 360 darjah, Teleprompter, lampu LED studio, Green Screen, MSI Laptop dan Software vMIX Video Streaming.
Kegunaan untuk rakaman bahan pembelajaran guru-guru Daerah Kuala Terengganu dan juga pelbagai aktiviti rakaman dan juga siaran langsung program dirancang oleh PPD.
2. Digital Maker Hub
Dilengkapi dengan Mikrobotik dan Reka Edukit bagi kegunaan sekolah-sekolah dalam Daerah Kuala Terengganu.
Boleh dipinjam untuk kegunaan pelajar-pelajar melakukan aktiviti robotik berdasarkan syarat-syarat ditetapkan melalui borang yang disediakan.
Aktiviti robotik guru juga boleh dilaksanakan di bilik COE dengan kebenaran.
Turut dilengkapi dengan aktiviti 3D printer bagi kegiatan robotik.
TATACARA PINJAMAN PERALATAN ROBOTIK DAN REKA EDUKIT
Berhubung dengan Pegawai USTP PPD
Hubungi Pegawai USTP PPD mengikut sekolah ahli PKG masing-masing.
Membuat tempahan pinjaman dan janji temu
Mengisi borang permohonan pinjaman (KewPa 9)
Tempoh pinjaman
Tempoh pinjaman atas budi bicara
Perlu kepada surat sokongan berkaitan pinjaman, contoh: surat sertai pertandingan atau surat menyertai bengkel.