ANUGERAH DUTA
ANUGERAH DUTA
FORMAT PENCALONAN
IKON MURID DIGITAL
IKON MURID DELIMA
IKON GURU DIGITAL
SEKOLAH DIGITAL
MAKLUMAT PENCALONAN
1. Ikon Murid Digital
Anugerah ini diberikan kepada murid yang mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) serta strategi yang direkabentuk dalam membina robot yang hebat. (Robotik)
Anugerah ini diberikan kepada murid yang mempunyai kemahiran Penyelesaian Masalah Kreatif (PMK) dalam pembangunan produk kejuruteraan sehingga sampai ke tahap pakar mengikut kaedah pengurusan dan penghasilan projek yang sistematik. (Rekabentuk Kejuruteraan)
Anugerah ini diberikan kepada murid yang mempunyai kreativiti teknikal untuk membentuk perisian serta tahu menggunakan perisian tersebut. Murid juga perlu fasih dalam bahasa komputer yang digunakan untuk menulis kod program. (Pembangunan Perisian)
Murid yang telah memenangi pertandingan atau diiktiraf di peringkat antarabangsa / kebangsaan/negeri dalam aktiviti Pendidikan Digital layak dicalonkan.
Data pembentangan hanya dari 2022 hingga kini.
BELUM PERNAH memenangi Ikon Murid dalam Anugerah DUTA Negeri sebelum ini.
2. Ikon Murid DELIMa
Maklumat lanjut boleh rujuk di pautan https://bit.ly/ikonDELIMAmurid2024
3. Ikon Guru Teknologi Digital
Guru yang menggunakan inisiatif KPM dan teknologi secara maksimum dalam PdP dan memberi kesan positif kepada murid dan warga pendidikan.
Guru yang menjadi penggerak terbaik dalam pelkasanaan Pendidikan Digital.
4. Sekolah Pendidikan Digital
Sekolah yang menyediakan persekitaran kondusif keoada warga sekolah, membudayakan ICT dalam PdP dan PdT serta mencapai kejayaan cemerlang dalam Pendidikan Digital.
TIDAK PERNAH memenangi tempat 1,2,3 dalam Anugerah DUTA Negeri terdahulu
Data pembentangan hanya dari 2022 hingga kini
1 CALON TERBAIK bagi setiap daerah.
Program yang melibatkan aktiviti Pendidikan Digital sahaja.
TATACARA PENGHANTARAN
Calon perlu menghantar slaid pembentangan mengikut format yang telah disediakan.
Bahan pembentangan boleh diubah mengikut kreativiti masing-masing.
1 pencalonan sahaja bagi setiap kategori mengikut daerah.