ASSALAMUALAIKUM PENCINTA ILMU, JOM KENALI SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA
PENGENALAN
Sijil Tinggi Agama Malaysia merupakan salah satu Peperiksaan Awam yang dikelolakan oleh Lembaga Peperiksaan (LP) bagi membolehkan pelajar warganegara Malaysia dan bukan warganegara Malaysia melanjutkan pelajaran ke luar negara seperti Universiti al-Azhar, Kaherah, Mesir atau ke Universiti Awam di Malaysia. Secara amnya, peperiksaan ini diambil selepas mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau semasa di Tingkatan Enam.
SEJARAH STAM
Sijil Tinggi Agama Malaysia mula diperkenalkan pada tahun 2000 hasil kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Universiti al-Azhar. Ia bertujuan menyelaraskan dan menggantikan beberapa peperiksaan persendirian yang telah wujud sebelum itu, contohnya Sijil Pendidikan Agama, Sijil Tinggi Kolej dan Sijil Tinggi Ugama.
MATA PELAJARAN STAM
S101 – Hifz al-Qur’an dan Tajwid : Untuk subjek ini, ada 4 surah yang diwajibkan untuk menghafal dan surahnya adalah, surah Luqman, As-Sajadah, Ar-Rum dan Fatir . Manakala bagi bahagian tajwid ia seperti yang kita belajar di sekolah rendah dahulu. Perbezaannya dalam bahasa arab, bagi pemahaman tajwid cuma tinggal hafal dan faham sahaja dalam bahasa arab .
S102 – Fiqh dan Faraidh : Feqah mengikut silibus STAM membincangkan bermula dari talaq hingga tajuk qadhi dan kesaksian . Juga mempelajari berkenaan ilmu pewarisan harta (mirath)
S103 – Tauhid, Mantiq dan Firaq : Disimpulkan dalam tauhid ada juga subjek firaq . Oleh itu kita mempelajari seolah 3 subjek dalam subjek ini . Mantiq mungkin perlukan pemahaman yang lebih mendalam, insyaAllah tidak susah jika usaha lebih . Mantiq lebih memfokuskan kepada tasdiqat dan tasawwurat secara asas. Manakala Firaq membincangkan perihal kemunculan kumpulan-kumpulan sesat etc secara ringkas.
S104 – Tafsir dan Ulumuhu : Mempelajari 5 surah dalam tafsir, bagi bahagian Ulum quran mempelajari ilmu-ilmu berkaitan Al-Quran itu sendiri, seperti Al-Quran turun di mana etc secara ringkas .
S105 – Hadith dan Mustolah : Menerangkan berkenaan Hadis dan ilmu-ilmu berkaitan hadis . Contohnya, apa itu hadis sahih, hasan, marfu' etc . Banyak hafal istilah, dan setiap tahun hadis yang akan masuk hanyalah dua belas daripada tiga puluh hadis . Manakala ketika syafawi (memperdengarkan hafalan hadis kepada guru) hadis yang perlu hafal juga ada dua belas.
S106 – Nahu dan Sarf : Tatabahasa arab.
S107 – Insya’ dan Muthola'ah : Karangan arab (insya') dan mutalaah adalah adalah kefahaman petikan . Ambil maklumat dari petikan untuk isi dalam jawapan lebih kurang seperti bahasa arab SPM . Insya' mutalaah STAM lebih senang dari SPM disebabkan di dalam mutalaah kita boleh beri banyak jawapan. Jikalau ragu dengan jawapan kerana ada pilihan jawapan lain, hanya tulis sahaja semua . Pemeriksa akan pilih yang betul.
S108 – Adab dan Nusus : Subjek yang katanya subjek 'killer' tapi insyaAllah tak susah . Ilmu yang menceritakan sejarah dan sastera arab itu sendiri . Bermula dengan sastera arab pada zaman uthmaniyyah sehingga habis . Kemudian 'Nusus' adalah syair arab. Sebahagian syair perlu kita hafal.
S109 – ‘Arudh dan Qafiyah : Ilmu yang berkaitan dengan syair . Mempelajari bahar-bahar seperti kamil, rajaz, wafir etc secara ringkas . Qofiyyah lebih khusus kepada huruf ataupun hujung syair . Subjek yang paling mudah
S110 – Balaghah : Ilmu yang membicarakan tentang keindahan bahasa juga makna-makna sebalik ayat-ayat tersebut . Al-qasr, Ijaz, tauriyah, muqobalah, tasybih etc secara ringkas.
Firman Allah SWT :
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri." (Surah Ar-Ra'd : 11)