DEFINISI KURIKULUM KEBANGSAAN
Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.
Sumber: Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997
[PU(A)531/97]
APA ITU DEFINISI DSKP ?
DSKP iaitu dokumen standard kurikulum dan pentaksiran merupakan salah satu bahan utama yang perlu disediakan oleh para guru menjelang bermulanya sesi persekolahan di awal setiap tahun.
Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan penggunaan sumber. Guru digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun dan mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid. Huraian ini diharapkan dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.
Dalam melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru diharapkan dapat memberikan penekanan pada unsur bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran secara kontekstual, dan pembelajaran secara konstruktivisme.
Terdapat beberapa perkara iaitu 3 kandungan standard utama dalam dskp ini iaitu standard kandungan, standard pembelajaran dan standard prestasi.
Standard kandungan ialah pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalma suatu tempoh persekolahan yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Standard pembelajaran pula merupakan satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.
Standard prestasi pula merupakan satu set kriteria umum yang menunjukkan tahap tahap penguasan murid sebagai petunjuk bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai.
DOKUMEN STANDART KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN FORM 4 (BUKAN SEMAKAN)
DOKUMEN STANDART KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN FORM 4 (SEMAKAN)
DOKUMEN STANDART KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN FORM 5 (BUKAN SEMAKAN)
DOKUMEN STANDART KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN FORM 6 (TIADA DIKELUARKAN)
Firman Allah SWT :
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri." (Surah Ar-Ra'd : 11)