UASA atau Ujian Akhir Sesi Akademik adalah ujian peringkat sekolah dan dilaksanakan sebagai sebahagian daripada PBD sumatif di akhir kalendar akademik. Ujian akhir sesi akademik adalah bukan merupakan pentaksiran pusat. Ianya dilaksanakan adalah untuk menguji tahap kognitif murid bukan membandingkan prestasi ataupun pencapaian antara murid, sekolah, daerah dan negeri.
Ujian Akhir Sesi Akademik bertujuan untuk mengumpul dan mendapatkan maklumat mengenai tahap pencapaian akademik murid ataupun kandungan yang dipelajari setiap pelajar sepanjang sesi pembelajaran akademik. Ianya dapat memberi gambaran yang menyeluruh tentang perkembangan kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. Sekaligus maklumat ini dapat membantu guru merancang dan menjalankan intervensi untuk membangunkan potensi murid.
Ujian ini akan melibatkan murid sekolah rendah tahap dua iaitu Tahun 4, Tahun 5, dan Tahun 6 dan pelajar sekolah menengah peringkat menengah rendah iaitu Tingkatan 1, Tingkatan 2, dan Tingkatan 3 bagi sesi akademik semasa sahaja. Ianya melibatkan semua murid yang berdaftar dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).
Bagi murid sekolah rendah Tahun 4, 5 dan 6, instrumen pentaksiran UASA melibatkan (5) lima mata pelajaran iaitu: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, dan Sejarah.
KIRA DETIK UJIAN