AINS
AINS merupakan sistem yang dibangunkan oleh Bahagian Sumber Teknologi Pendidikan (BSTP) untuk memudahkan pengumpulan rekod-rekod bacaan dalam program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM).
Sistem ini merupakan aplikasi mudah alih yang direka bagi memudahkan murid merekod bahan bacaan berasaskan teknologi untuk menggantikan sistem perekodan membaca murid secara manual iaitu NILAM yang telah digunakan sejak tahun 1999.
Ini bermaksud, AINS akan menggantikan NILAM untuk merekod bahan bacaan secara digital melalui Advance Integrated Nilam System. Rekod dapat dipantau oleh PPD/JPN/KPM dari peringkat bilik darjah hingga Kebangsaan.
Berikut merupakan, Panduan Pengisian AINS
( Sistem Pengisian Data Bacaan NILAM )