Pentaksiran bilik darjah (PBD) atau sebelum ini dikenali sebagai Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu proses pengumpulan maklumat yang membantu guru mengesan tahap penguasaan murid terhadap pembelajaran mereka.
Pentaksiran ini dilakukan sepanjang PdP, bagi semua mata pelajaran dan ia bukanlah digunakan untuk membandingkan tahap penguasaan antara seorang murid dengan murid yang lain, tetapi ia bertujuan untuk melihat perkembangan kemajuan murid dalam sesuatu pembelajaran.
Maklumat yang terkumpul daripada pentaksiran yang dilakukan ini akan digunakan oleh para guru untuk merancang tindakan susulan bagi membantu perkembangan pembelajaran murid.
PBD ini dilaksanakan dengan tiga (3) kaedah melalui kerja projek, kuiz, pembentangan dan-lain- lain aktiviti pembelajaran, berdasarkan Standard Prestasi dan pertimbangan profesional guru:
Pemerhatian
Penulisan
Lisan
Tahap Penguasaan dalam KSSR dan KSSM merupakan satu bentuk pernyataan
pencapaian yang menunjukkan perkembangan pembelajaran murid dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
Terdapat enam Tahap Penguasaan yang menunjukkan aras penguasaan yang disusun secara hierarki dan digunakan untuk tujuan rujukan pencapaian murid bagi setiap mata pelajaran.
Tahap penguasaan ini mengambil kira pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
ditetapkan dalam kurikulum.
Taksonomi yang berkaitan kognitif, psikomotor dan afektif digunakan sebagai asas membina tahap penguasaan dalam Standard Prestasi.
Tahap Penguasaan (TP) 1
Tahap penguasaan pertama merupakan tahap paling rendah dalam PBD, di mana pada tahap ini pelajar mula tahu akan perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau dapat memberi respon terhadap perkara asas.
Tahap Penguasaan (TP) 2
Pada TP 2 ini pelajar mula menunjukkan kefahaman mereka dan menjelaskan sesuatu perkara yang dipelajari dalam bentuk komunikasi
Tahap Penguasaan (TP) 3
Pada tahap ketiga, pelajar sudah tahu, faham dan sudah boleh melaksanakan tugas. Pelajar akan menggunakan pengetuan yang mereka miliki untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi.
Tahap Penguasaan (TP) 4
Pada TP 4 ini pelajar sudah boleh melakukan semua perkara yang perlu dilakukan pada tahap sebelumnya, namun kali ini ditambah dengan adab baik. Pelajar menggunakan pengetahuan dan melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab iaitu mengikut prosedur atau secara analitik dan sistematik.
Tahap Penguasaan (TP) 5
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji. Pada tahap ini pelajar menggunakan pengetahuan dan melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu dengan mengikut prosedur atau secara analitik dan sistematik serta tekal dan bersikap positif.
Tahap Penguasaan (TP) 6
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali. Murid berupaya menggunakan pengathuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara analitik, sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif dalam penghasilan idea baharu serta boleh dicontohi.
PANDUAN / RUJUKAN