Kehadiran murid yang konsisten merupakan salah satu Isu Strategik Utama Sekolah di bawah Pelan Strategik Sekolah, sejajar dengan dua fokus lain iaitu Pemimpin Pewaris dan Karamah Insaniah. Bagi memastikan kecemerlangan akademik dan pembentukan sahsiah yang seimbang, pihak sekolah menetapkan sasaran kehadiran murid sekurang-kurangnya 95% sepanjang tahun persekolahan.
Daripada sudut Bimbingan dan Kaunseling, kehadiran bukan sekadar statistik, tetapi merupakan indikator kepada tahap motivasi, kesejahteraan emosi, dan sokongan persekitaran murid.
Kehadiran yang tinggi melambangkan keterlibatan aktif murid dalam pembelajaran dan aktiviti sekolah.
Kehadiran yang rendah boleh menjadi petunjuk awal kepada isu-isu peribadi, keluarga, disiplin atau motivasi, yang memerlukan tindakan intervensi kaunseling secara berfokus.
Pendekatan kaunseling proaktif membantu mengenal pasti punca, memberi sokongan psikososial, serta membina kemahiran daya tindak bagi meningkatkan kehadiran.
1. Pemantauan Sistematik – Rekod kehadiran dianalisis secara berkala untuk mengesan trend dan murid berisiko.
2. Intervensi Kaunseling Awal– Sesi kaunseling individu atau kelompok dilaksanakan bagi murid yang menunjukkan penurunan kehadiran. Kemudian, melaksanakan aktiviti murid yang berfokus agar dapat membantu mengurangkan permasalah ini berlaku.
3. Kolaborasi Ibu Bapa dan Komuniti – Mengukuhkan komunikasi dan kerjasama dengan ibu bapa untuk menangani faktor penghalang kehadiran.
4. Pengiktirafan dan Penghargaan– Anugerah dan insentif sebagai motivasi kepada murid yang mengekalkan kehadiran cemerlang.
KEHADIRAN MURID MENGIKUT TAHUN