"HENTIAN HARMONI UNTUK KESEJAHTERAAN DIRI"
‘HARMONI’ melambangkan keseimbangan, ketenangan, dan perpaduan dalam kehidupan murid dari aspek penting dalam pembentukan emosi dan sahsiah yang sihat.
‘HUB’ pula bermaksud pusat atau ruang pertemuan, tempat yang menjadi titik tumpu untuk berinteraksi, berkongsi, dan mendapatkan bimbingan.
Gabungan kedua-dua perkataan ini membawa maksud:
“HARMONI HUB ialah pusat kesejahteraan yang menyediakan ruang selamat untuk murid berkongsi, mencari solusi, dan membina semula keseimbangan diri demi mencapai kesejahteraan mental, emosi, dan sosial.”
Konsep utama HARMONI HUB:
‘H’arapan – Memberi keyakinan bahawa setiap masalah ada jalan penyelesaian.
‘A’man – Menyediakan ruang yang selamat dan rahsia.
‘R’asa Empati – Mengutamakan sikap memahami dan menyokong.
‘M’otivasi – Memberi dorongan untuk berubah ke arah positif.
‘O’ptimisme – Menanamkan sikap positif terhadap masa depan.
‘N’ilai – Membentuk sahsiah dan nilai murni.
‘I’nspirasi – Menjadi sumber semangat untuk kejayaan.
HUB = “Tempat berhubung dan bersatu untuk kesejahteraan diri.”
PELAN BILIK KAUNSELING
RUJUKAN BAHAN