1. Jika Anda pegawai baharu di eOPERASI (Sekolah/Kv/Permata), sila berhubung dengan PK 1 Agensi anda untuk menyemak Status anda di eoperasi (sudah ada sandangan dan aktif) dan anda boleh Daftar Pengguna Baharu.
2. Jika Anda pegawai baharu di Bahagian/JPN/PPD/KM, sila hubungi SULDP agensi anda untuk mendaftarkan anda sebagai Pengguna Baharu di ePROFIL.
3. Jika anda di IPGK, sila berhubung dengan KUKP agensi anda untuk mendaftarkan anda sebagai Pengguna Baharu.
Berikut adalah cara login SPLKPM Modul Individu
Layari laman web rasmi SPLKPM : https://splkpm.moe.gov.my/mn_pengumuman/
Anda akan dapat lihat paparan Log Masuk SPLKPM
Masukkan Nombor Kad Pengenalan
Untuk makluman, anda perlu masukkan Nombor Kad Pengenalan dengan lengkap tanpa dash
Masukkan Kata Laluan (Kata laluan asal ialah 4 digit yang di belakang Nombor Kad Pengenalan anda) tetapi selepas penambahbaikan, semua kata laluan baharu akan dihantar ke emel yang berdaftar dan abjad biru.
Pilih Modul Individu.
Kemudian tekan Hantar. Katalaluan baharu akan dihantar ke emel, sila semak emel.
Akan terpapar mesej berikut Selamat Datang,
No Kad Pengenalan dan Kata laluan diberi kebenaran untuk Akses Sistem+ Sila Tukar Kata Laluan sekiranya masih belum berbuat demikian bagi mengelakkan data dan maklumat diceroboh oleh pihak yang tidak berkepentingan.
Klik Close
Anda kini berada di dalam sistem SPLKPM Modul Individu