CELIK DIGITAL

TAKLIMAT CELIK DIGITAL

Celik digital merupakan keupayaan seseorang untuk mencari, menilai dan menggunakan maklumat melalui platform digital (Wikipedia). Secara khusus, ia adalah kemahiran yang diperlukan untuk menggunakan komputer dan Internet dalam kehidupan seharian, dalam pekerjaan dan juga pembelajaran (Northstar Digital Literacy).



Celik digital di kalangan penjawat awam adalah keupayaan untuk capai (access) dan guna (use) platform digital dalam urusan pekerjaan seharian. Capai (access) ialah keupayaan atau kemahiran untuk mencapai (access) maklumat secara digital menggunakan peralatan ICT manakala guna (use) ialah keupayaan dan kemahiran untuk menggunakan maklumat dan teknologi digital dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan.



Celik digital di kalangan penjawat awam merupakan salah satu sasaran di bawah Teras 1, Strategi 3, Inisiatif 7 (Membangun Dan Meningkatkan Kemahiran Digital Penjawat Awam untuk Semua Gred dan Skim) dalam Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDigital). Sasaran yang telah ditetapkan ialah 100% penjawat awam celik digital pada tahun 2025.



https://www.celikdigital.gov.my/

PANDUAN RINGKAS CELIK DIGITAL:


1⃣Daftar akaun, isi maklumat peribadi, 

Pastikan isi emel peribadi dan Kementerian, Jabatan, serta PPD.


Kata laluan  (reka sendiri) ataupun:

*jika sukar, boleh gunakan kata laluan cadangan untuk SKW :


WawasanNBA4049#


2⃣Kemudian, selesai berjaya mendaftar, boleh terus login.


Ada 50 soalan, baca dengan teliti dan jawab.


3⃣Selesai menjawab, boleh semak dan hantar.


4⃣Muat turun pdf SLIP Keputusan dan masukkan (upload) dalam link drive EVIDENS mengikut folder nama masing-masing :

https://drive.google.com/drive/folders/1hGJkhH8R3HWbP93hSCMwSCHmzOpvekeV?usp=sharing



5⃣Pendaftaran SPLKPM didaftarkan oleh pihak BPG/BPSM secara AUTOMATIK ✅

QNA CELIK DIGITAL


1. Soalan dijana secara rawak dan mempunyai pelbagai set soalan. Kemungkinan tidak sama antara satu sama lain.


2. Jika pegawai cuti sakit sehingga bulan Oktober 2023, bakal bersara 2023 dan 2024, dikecualikan untuk terlibat.


3. Jika bermasalah server atau login, pastikan log keluar setiap kali selesai jawab. Kemudian log masuk semula.


4. Pendaftaran dalam SPLKPM secara automatik, nama pegawai yang sudah menjawab, melepasi tahap minima, pegawai yang tidak menjawab, tidak melepasi data akan dikeluarkan oleh pihak JPN.


5. Ada 5 komponen soalan, mesti lulus sekurangnya 25 soalan untuk capai MELEPASI. Baca soalan dengan teliti sebelum HANTAR.


6. Pendaftaran : PILIH KPM, PILIH JPNS, PILIH PPD SEREMBAN


7. MARKAH RENDAH- TIDAK MELEPASI tidak boleh ulang semula kerana "one off" setiap tahun.


8. Jika GAGAL, perlu hadiri kursus yang disediakan oleh pihak INTAN melalui EPSA. Nama yang GAGAL akan dikeluarkan dan dikehendaki menghadiri kursus tersebut samada secara bersemuka atau dalam talian.


9. Semua penjawat awam, GURU, AKP, TUKANG MASAK, DRIVER dan sebagainya WAJIB ambil kursus ini.


10. Sekiranya terjumpa situasi pusing2 error, padamkan segera WINDOW dan login semula. Jangan biarkan pusing lama, kerana tempoh menjawab hanya 2 jam dan lepas 2jam, terus dikira GAGAL.