Modul Individu ini dibangunkan untuk kegunaan Pegawai dan Anggota Kumpulan Pelaksana di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia untuk merekod aktiviti Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) dan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB).
Aktiviti-aktiviti ini dilaksanakan di luar KPM di samping merekod aktiviti Pembelajaran Kendiri.
Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) dan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) yang didaftarkan menerusi modul ini perlu disemak dan disahkan di peringkat Setiausaha Latihan dalam Perkhidmatan (SULDP).
Ini adalah untuk membolehkan ia dikira sebagai bilangan hadir berkursus bagi tahun semasa.
PAPARAN MODUL SPLKPM TERKINI
1. Masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN
2. Masukkan KATALALUAN
(Jika belum pernah tukar password, katalaluan lama ialah 4 digit terakhir no. Ic)
3. Masukkan ABJAD BIRU
4. KLIK "MODUL INDIVIDU"
5. KLIK "MASUK"
*Jika LUPA KATALALUAN, KLIK "LUPA KATALALUAN"
*Jika ADA MASALAH EMEL DLL, KLIK "HUBUNGI KAMI"
Berdasarkan arahan dari Unit Latihan JPNS. (Rujuk surat yang diedarkan ke sekolah-sekolah)