Tuan/puan boleh merujuk pautan yang diberikan untuk mendapat makluman cara pengisian yang betul bagi sistem SPLKPM yang terkini.
SENARAI AKTIVITI MyPPB
Terdapat 13 aktiviti yang boleh dilakukan untuk mendapatkan mata kredit tersebut iaitu:
Kursus/ Bengkel/ Seminar/Kolokium/ Konvensyen/ Simposium/ Forum/ Konferens/ Klinik Kaunseling = 15 Mata Kredit.
Wacana Ilmu/ Taklimat/ Bicara Profesional/ Perkongsian Ilmu/ Sesi Dialog/ Ceramah/ Lain-lain = 15 Mata Kredit
Bimbingan Dan Pementoran = 10 Mata Kredit
Peningkatan Akademik = 20 Mata Kredit
PLC = 20 Mata Kredit
ePembelajaran = 15 Mata Kredit
Penyelidikan = 20 Mata Kredit
Penulisan & Pengkaryaan Kreatif = 20 Mata Kredit
Lawatan Penanda Aras = 10 Mata Kredit
Pembacaan Buku = 20 Mata Kredit
Program Sangkutan di luar dan dalam KPM = 10 Mata Kredit
Sumbangan Profesional/ Bukan Profesional = 10 Mata Kredit
Inovasi = 20 Mata Kredit
NOTA: Untuk hari berkursus 6 jam dikira 1 hari kursus.
CARA SEMAK PELAPORAN
CARA SEMAKAN HARI/MATA KREDIT SPLKPM
Untuk membuat semakan mata kredit yang terkumpul, berikut adalah merupakan caranya:
Layari : splkpm.moe.gov.my
Klik pada Aplikasi > Modul Individu
Log masuk menggunakan No Kad pengenalan dan kata laluan anda
Pada paparan menu, klik pada Pelaporan > Pelaporan Hari atau Pelaporan Mata Kredit
Pada bahagian pilihan pelaporan, pilih tarikh anda ingin atau sehingga terkini dan klik papar
Jumlah mata kredit terkumpul akan terpapar.