Memupuk nilai mesra alam sekitar dalam warga sekolah melalui pendekatan integrasi komponen pengurusan, penghijauan, kurikulum dan kokurikulum.
Meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
Mewujudkan suasana persekitaran sekolah yang kondusif dengan memastikan kebersihan, keceriaan, kesihatan dan
keselamatan adalah pada tahap yang tinggi pada setiap masa supaya dapat melahirkan warga sekolah yang mempraktikkan amalan hidup lestari.
Menggalakkan integrasi warga sekolah untuk melaksanakan sekurang-kurangnya 5 aktiviti mesra alam sekitar yang dapat menimbulkan kesedaran, perubahan sikap dan amalan dalam kalangan warga sekolah secara berkesan setiap tahun.
Memastikan budaya penjimatan sumber seperti air, elektrik dan lain-lain diterapkan dalam kalangan murid secara berterusan.
Menggalakkan amalan inovasi yang menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
Memastikan ada jaringan bersama pihak berkepentingan untuk menggalakkan kerjasama antara warga sekolah dengan masyarakat setempat dalam aktiviti penjagaan alam sekitar.