BAAZARESTARI

Program Baazar merupakan salah satu aktiviti tahunan anjuran Panitia Moral diketuai oleh Puan Audrey Cherry Insing dan dibantu oleh guru-guru yang mengajar subjek Pendidikan Moral. Program ini bukan sahaja satu usaha untuk membolehkan murid-murid belajar bagaimana untuk menguruskan sesuatu program, mengaplikasikan nilai-nilai Moral yang telah mereka pelajari, malah membabitkan mereka secara langsung dengan aktiviti kemasyarakatan kerana hasil daripada Baazar ini akan disalurkan kepada mereka yang memerlukan.

Pada tahun ini, hasil program ini akan disalurkan untuk membantu salah satu projek di bawah Jopes Malaysia iaitu "Sustainable CSR Project In Rural Community" yang bersangkut paut dengan pembangunan komuniti berasaskan alam sekitar. Oleh yang demikian, program baazar anjuran Panitia Pendidikan Moral pada tahun ini dikenali sebagai "Program Baazarestari".

Berikut adalah beberapa gambar sepanjang Baazarestari ini dilaksanakan yang berlangsung pada bulan Ogos & September, dan melibatkan semua murid dari Tingkatan 1 sehingga 5.