PENGENALAN

SM. St. Michael, Penampang adalah sebuah sekolah yang tertua didirikan di Sabah. Paderi-paderi Mill Hill telah merintis pembukaannya dan sekolah ini telah memainkan peranan yang penting di dalam perkembangan pendidikan di Penampang khasnya dan Sabah amnya. Memang tidak dapat dinafikan bahawa Penampang adalah sebuah daerah luar bandar yang terkenal di dalam bidang pelajaran dan ramai daripada pemimpin Sabah sekarang lahir dari sekolah ini.