KEJOHANAN MERENTAS DESA KALI KE-24
SMK RAJA MUDA MUSA
Seawal pagi, para pelajar SMK Raja Muda Musa telah mula berkumpul dengan wajah ceria dan semangat membara bagi menyertai Kejohanan Merentas Desa Kali ke-24. Guru-guru pula bertugas memastikan kelancaran perjalanan acara. Program dimulakan dengan sesi pemanasan badan dan regangan otot sebelum para peserta dilepaskan mengikut kategori masing-masing.
ILMU, IMAN DAN KECEMERLANGAN SPM 2026
Aktiviti pada pagi Jumaat ini merupakan hari terakhir sempena pembukaan sekolah minggu pertama. Program dimulakan dengan Pelancaran Program Kecemerlangan SPM 2026 sebagai tanda permulaan usaha berfokus ke arah peningkatan prestasi akademik murid Tingkatan 5.
PENYERAHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN
(BAP) 2026
Bantuan Awal Persekolahan merupakan bantuan tunai secara one off yang diberikan pada awal tahun bagi mengurangkan beban perbelanjaan ibu bapa atau penjaga dalam menyediakan keperluan persekolahan murid.
RAMMEDIAN CERGAS SEMPENA PEMBUKAAN SEKOLAH TAHUN 2026
Objektif program ini adalah untuk memupuk kerjasama, semangat kesukanan dan kecergasan disamping memberi peluang kepada pelajar untuk mengendalikan dan menyertai aktiviti fizikal yang telah dirancang.
MESYUARAT AGUNG UNIT KOKURIKULUM DAN RUMAH SUKAN TAHUN 2026
Mesyuarat Agung diadakan untuk memilih ahli jawatankuasa yang baharu serta membincangkan pindaan dalam perlembagaan. Selain itu, dalam mesyuarat tersebut juga membincangkan aktiviti dan program yang akan dilaksanakan sepanjang tahun 2026. Aktiviti ini melibatkan unit kokurikulum Badan Beruniform, Kelab Persatuan, Sukan Permainan dan Rumah Sukan.
PEMBUKAAN SEKOLAH TAHUN 2026
Program Pembukaan Sekolah telah dilaksanakan dengan jayanya pada 12 Januari 2026 bertempat di Dewan Arena. Program ini bermula pada jam 7.40 pagi dan berakhir pada jam 8.40 pagi dengan kehadiran warga sekolah.
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengerusi Majlis, diikuti nyanyian lagu Negaraku dan lagu Negeri Perak. Seterusnya, semua murid melafazkan ikrar serta diikuti dengan bacaan doa bagi memohon keberkatan sepanjang sesi persekolahan.
PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN SATU TAHUN 2026
Program Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 sesi persekolahan 2025 SMK Raja Muda Musa telah berlangsung dengan jayanya pada hari Jumaat bertempat di Bilik Gerakan, SMK Raja Muda Musa.
Program yang bermula seawal 8.00 pagi itu melibatkan kehadiran seramai 81 orang pelajar baharu bersama ibu bapa dan penjaga bagi melengkapkan proses pendaftaran serta mendapatkan maklumat awal berkaitan pengurusan sekolah.
PERKHEMAHAN PERDANA BADAN BERUNIFORM SMK RAJA MUDA MUSA BAGI TAHUN 2025
Program Perkhemahan Badan Beruniform 2025 yang berlangsung di padang SMK Raja Muda Musa hari ini berjaya mencapai objektif penganjurannya apabila hampir keseluruhan peserta mempamerkan semangat kerjasama, disiplin dan ketahanan diri sepanjang aktiviti dijalankan.
MAJLIS PERSARAAN PENOLONG KANAN KOKURIKULUM : SELAMAT BERSARA PUAN MASITAH !
Warga SMKRMM berkumpul dengan penuh rasa syukur dan terharu untuk meraikan satu perjalanan yang penuh makna, iaitu majlis persaraan yang sangat bermakna bagi seorang insan yang telah memberi sumbangan besar kepada dunia pendidikan.
MELANGKAH KE FASA BAHARU : SELAMAT BERTUGAS !
Kami warga SMK Raja Muda Musa dengan penuh rasa hormat dan gembira mengalu-alukan kedatangan guru-guru baharu ke SMK Raja Muda Musa. Semoga kehadiran anda membawa inspirasi dan kecemerlangan serta bersama-sama membentuk generasi pelajar yang berilmu dan berakhlak mulia.
SELAMAT BERSARA : TIGA INSAN DEDIKASI TINGGALKAN SMK RAJA MUDA MUSA
Dengan penuh rasa penghargaan dan terima kasih, pihak sekolah ingin memaklumkan bahawa tiga warga SMK Raja Muda Musa yang banyak berjasa telah menamatkan perkhidmatan mereka pada 31 Januari 2025.
MAJLIS PERSARAAN SEJAMBAK KASIH SEKALUNG BUDI
Telah berlangsung majlis persaraan bagi meraikan jasa dan sumbangan tiga orang staf yang disanjungi, iaitu Puan Maizah binti Zainal Abidin (Guru Kanan Sains dan Matematik), Puan Haliza binti Othman (Kaunselor Sekolah) dan Puan Norazian binti Zakaria (Ketua Kerani).