Home > Majlis Persaraan
Home > Majlis Persaraan
MAJLIS PERSARAAN SEJAMBAK KASIH SEKALUNG BUDI
by Admin | 17 Januari 2025
17 JANUARI 2025, DEWAN ARENA SMK RAJA MUDA MUSA - Telah berlangsung majlis persaraan bagi meraikan jasa dan sumbangan tiga orang staf yang disanjungi, iaitu Puan Maizah binti Zainal Abidin (Guru Kanan Sains dan Matematik), Puan Haliza binti Othman (Kaunselor Sekolah) dan Puan Norazian binti Zakaria (Ketua Kerani).
Majlis ini telah berlangsung pada pukul 8.30 pagi bertempat di Dewan Arena SMK Raja Muda Musa. Acara ini bertujuan menghargai pengorbanan dan dedikasi mereka sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai pendidik dan juga staf sokongan yang telah memberikan sumbangan besar kepada SMKRMM.
Pelbagai acara menarik telah disusun sepanjang majlis, termasuk ucapan penghargaan daripada pihak pentadbiran sekolah, persembahan khas daripada pelajar, penyampaian sijil penghargaan dan cenderamata kepada yang diraikan. Majlis ini juga diharapkan menjadi kenangan manis yang akan kekal terpahat di hati mereka yang diraikan.
Pihak sekolah mengucapkan selamat bersara dan semoga fasa kehidupan baharu ini membawa keberkatan dan kegembiraan.
“Jasamu dikenang, budimu disanjung. Selamat bersara dan semoga terus ceria melangkah ke fasa baharu kehidupan."
@2025 - Laman Digital Sekolah oleh
Jawatankuasa Laman Digital Sekolah
SMK Raja Muda Musa, Jalan Sultan Iskandar Shah, 33040 Kuala Kangsar, Perak