Hari Terakhir Penuh Makna: Perpisahan Tiga Warga SMK Raja Muda Musa
31 Januari 2025 menjadi hari terakhir di SMK Raja Muda Musa, Kuala Kangsar apabila tiga warga SMKRMM iaitu Puan Haliza binti Othman (kiri), Puan Norazian binti Zakaria (tengah) dan Puan Maizah binti Zainal Abidin (kanan) melangkah keluar buat kali terakhir sebagai warga sekolah ini.
SELAMAT BERSARA : TIGA INSAN DEDIKASI TINGGALKAN SMK RAJA MUDA MUSA
by Admin | 1 Februari 2025
Dengan penuh rasa penghargaan dan terima kasih, pihak sekolah ingin memaklumkan bahawa tiga warga SMK Raja Muda Musa yang banyak berjasa telah menamatkan perkhidmatan mereka pada 31 Januari 2025. Mereka ialah:
Puan Maizah binti Zainal Abidin – Guru Kanan Sains dan Matematik
Puan Haliza binti Othman – Kaunselor Sekolah
Puan Norazian binti Zakaria – Ketua Pembantu Tadbir Sekolah
Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala sumbangan, dedikasi, dan komitmen yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan mereka. Semoga segala jasa dan bakti mereka terus menjadi inspirasi kepada warga SMK Raja Muda Musa.
Kami mendoakan agar Puan Maizah, Puan Haliza, dan Puan Norazian dikurniakan kesihatan yang baik dan kebahagiaan dalam fasa kehidupan seterusnya.
Semoga Puan Maizah, Puan Haliza, dan Puan Norazian dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan berpanjangan, dan terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi selepas ini.
Terima kasih atas segala bakti dan jasa. SMK Raja Muda Musa akan sentiasa merindui kalian.
🌸 "Selamat Bersara, Jasamu Dikenang, Budimu Disanjung." 🌸
@2025 - Laman Digital Sekolah oleh
Jawatankuasa Laman Digital Sekolah
SMK Raja Muda Musa, Jalan Sultan Iskandar Shah, 33040 Kuala Kangsar, Perak