Home > ILMU, IMAN DAN KECEMERLANGAN SPM 2026
Home > ILMU, IMAN DAN KECEMERLANGAN SPM 2026
ILMU, IMAN DAN KECEMERLANGAN SPM 2026
oleh Admin | 21 Januari 2026
Hari : Jumaat
Tarikh : 16 Januari 2026
Masa : 7.40 pagi
Aktiviti pada pagi Jumaat ini merupakan hari terakhir sempena pembukaan sekolah minggu pertama. Program dimulakan dengan Pelancaran Program Kecemerlangan SPM 2026 oleh Encik Hairolzaman bin Mat Noor, Pengetua SMK Raja Muda Musa sebagai tanda permulaan usaha berfokus ke arah peningkatan prestasi akademik murid Tingkatan 5.Â
Selepas pelancaran program kecemerlangan ini, program pada pagi Jumaat ini diteruskan dengan Majlis Bacaan Yaasin yang dipimpin oleh khalifah bacaan, Saudara Muhammad Faris Akmal bin Rosli dari kelas 5 Akaun. Program diakhiri dengan ceramah sempena Israk dan Mikraj yang telah disampaikan oleh Tuan Haji Rosli bin Abd Rahman yang bertujuan menyuntik penghayatan rohani seterusnya membina jati diri murid agar seimbang dari aspek akademik dan sahsiah. Sebelum bersurai, semua murid telah diberi taklimat disiplin oleh Encik Mohd Husaini selaku guru disiplin sekolah.
Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektif dalam memupuk kesedaran, motivasi dan semangat kecemerlangan dalam kalangan murid bagi menghadapi SPM 2026.
âRAMMEDIAN BANGKIT.... MENCIPTA KEJAYAANâÂ
@2025 - Laman Digital Sekolah olehÂ
Jawatankuasa Laman Digital Sekolah
SMK Raja Muda Musa, Jalan Sultan Iskandar Shah, 33040 Kuala Kangsar, Perak