ASPIRASI KPM

ASPIRASI PENDIDIKAN

KOMPONEN UTAMA PPPM

5 ASPIRASI PENDIDIKAN

6 ASPIRASI MURID

11 ANJAKAN

transformasi sekolah 2025

pengenalan ts25

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.

Melalui TS25 adalah diharapkan sekolah yang terlibat berupaya mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.

TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui;

· Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan

· Disokong kepimpinan yang berkualiti / berwawasan

· Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi

· Komitmen komuniti yang padu


latar belakang ts25

Matlamat ts25

PENDIDIKAN STEM

KONSEP PENDIDIKAN STEM

Pendidikan sepanjang hayat yang merangkumi pembelajaran bersepadu sains,teknologi,kejuruteraan dan matematik secara

® formal berdasarkan kurikulum

® bukan formal melalui aktiviti koakademik dan kokurikulum

® tidak formal melalui pembelajaran tidak langsung

pada setiap peringkat umur bermula dari peringkat awal kanak-kanak pendidikan rendah,pendidikan menengah rendah,menengah atas,tertiary dan pada peringkat industry/komuniti.


MATLAMAT PENDIDIKAN STEM

Melahirkan murid berliterasi STEM yang berupaya untuk:

® mengenal pasti

® mengaplikasi dan

® mengintegrasikan

Konsep atau komponen STEM untuk memahami masalah dan menyelesaikannya secara kreatif dan inovatif melalui pembelajaran bersepadu STEM yang mengaplikasikan konteks dunia sebenar dan menggunakan pendekatan hands-on dan penerokaan terbuka


KONSEP PENDIDIKAN STEM (MENENGAH RENDAH)

Potensi murid dipertingkatkan dengan pembinaan dan pembangunan kemahiran STEM melalui aktiviti penganalasiaan isu global dan penyelesaian masalah.

Merupakan peringkat kritikal yang menentukan kelestarian minat murid dalam bindang STEM



KONSEP PENDIDIKAN STEM (MENENGAH ATAS)

Fokus kepada aktiviti pengukuhan dan pengayaan kemahiran STEM melalui aktiviti yang bioleh mempamerkan konsep STEM pada peringkat tinggi.




STRATEGI PDPR STEM

7 CIRI PENDIDIKAN STEM

PERANAN GURU STEM