Pencapaian Kokurikulum & Koakademik

2024

Rentakvolusi Tarian Klasik India

Pada tanggal 2 Januari yang lalu, murid SMKCJP, iaitu Kamalaashani a/p Thirrummurthy dari kelas 3 Kasawari telah menerima undangan khas daripada pihak penganjur Rentakvolusi Nafastari Menjulang Budaya untuk membuat persembahan di Main Auditorium, UIAM Gombak.

Pertandingan We Think Digital anjuran Meta dan Teach For Malaysia

Pasukan Dynamic yang terdiri daripada Jasjoth Kaur, Reshveena Siva Kumar, Olyvia Shee dan Megan Ho (1 Nuri) - mendapat kedudukan naib johan dalam showcase peringkat kebangsaan. Pasukan ini telah melaksanakan kempen "One Voice Makes a Difference" atas talian dan secara fizikal dalam sekolah, untuk menangani isu buli siber. 

Pertandingan Roket Air Kelab Falak WPKL

Pasukan dari SMKCJP mendapat tempat ke-3 (2 Oktober 2024)

Program STEM dan TVET Anjuran BEM Malaysia

Pasukan sekolah kita yang terdiri dari Wan Chui Yoke, Kelloria, Sarah Daania dan Airi Nur Leeya (kelas 4 Nuri ) telah mendapat Johan bagi pertandingan Rubber Band Car (1 Oktober 2024)

Kejohanan Petanque Remaja Tertutup Kuala Lumpur

Zulaikha Afiqah 2 Rajawali berjaya ke separuh akhir dan mendapat tempat ke-3 dlm kejohanan petanque. 

 Pertandingan Pengucapan Awam  Karnival Realisasi Aspirasi Kerjaya (karYa) Peringkat Negeri

Asy Faatihah Rania Iman dari 4 Rajawali berjaya mendapat tempat ke-4 dalam Pertandingan Pengucapan Awam (5 Sep 2024)

Kejohanan Catur MSSWPKL

Peringkat MSSD:  Noreen Elena mendapat tempat ke-4 bagi kategori perempuan bawah 15 tahun dan Kelloria yang mendapat tempat ke-6 bagi kategori perempuan bawah 18 tahun.


Peringkat MSSWPKL: Noreen Elena dari kelas 3 Nuri mendapat tempat ke-5 dari 50 peserta yang bertanding bagi katagori perempuan bawah 15 tahun.


PBL STEM Kebangsaan

Nur Fairuz bt Saiful Azrin, Noradlina Nadhirah bt Kunjali, Nur Nadhirah Syahadah bt Zuraidi, Wan Syahirah bt Wan Hasnul Israf, dan Yhogaa Vhitya mendapat tempat ke-empat untuk projek mereka - Pengurusan Pusat Sumber BOB Air Purifier (19 Ogos 2024)


Poetry Recitation Piala Menteri Pendidikan Tahun 2024 (Kebangsaan)

Paaviena Pubalan dan Siti Nur Aisyah Alia Amanda mendapat tempat ketiga (22 Ogos 2024)

Kejohanan Bola Baling MSSWPKL Perempuan Bawah 18

Seramai 3 orang murid telah terpilih untuk mewakili pudu dalam Kejohanan Bola Baling MSSWPKL Peringkat Negeri pada 29 Julai - 1 Ogos yang lalu. Pasukan Pudu A yang diwakili oleh Nur Kaiyisah bt Sulaiman telah mendapat johan dalam pertandingan tersebut. Manakala, Reyhana Arissa bt Redzal  dan Nur Aleesha Adleena bt Fazlee telah mewakili Pasukan Pudu B dan mendapat tempat ketiga

Pertandingan Poetry Recitation - Jejak Juara KL

Tempat pertama peringkat negeri. Tahniah kepada Paaviena Pubalan dan Siti Nur Aisyah Alia Amanda!

Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Zon Pudu

Pengucapan Awam Menengah Atas 


Pengucapan Awam Menengah Rendah


Video Kreatif

1. Kurnea Eriqa Aresya (4 Raja)

2. Marsya Amani (4 Kasa)

3. Nur Afiqah (4 Merak)

4. Saidatul Zara (4 Sintar)

Pertandingan Aplikasi Android

Tahniah kepada Nur Qaireen Alisha binti Nazrul Hyisham, Nasirah Ayesya binti Azman, dan Nur Aisyah binti Muhamad Hamri, yang berjaya mendapat tempat keempat kategori sekolah menengah peringkat negeri WPKL.

Malaysian Debaters World School's Debate Championship 2024

Enam murid (Thivyashree, Parineeta, Angel, Noreen, Aliya, Jasjoth) telah mewakili SMKCJP dalam pertandingan debat ini, dan pasukan bawah 15 yang diwakili oleh Noreen, Aliya, dan Jasjoth telah mendapat tempat naib johan. 

Asia Youth Leaders 2024

Sukacita dimaklumkan bahawa Thivyashree a/p Thivagaar (5 Nuri) telah mengambil bahagian dalam pemilihan untuk menyertai persidangan Asia Young Leaders anjuran AEON, dan merupakan salah seorang dari 8 murid yg terpilih untuk mewakili Malaysia. Thivya akan menyertai persidangan di Jepun dari 19-24 Ogos.

Kejohanan Catur MSSD 2024

Tahniah buat murid sekolah kita iaitu Noreen Elena Lee yang mendapat tempat ke-4 bagi kategori perempuan bawah 15 tahun dan Kelloria a/p Selvaraj yang mendapat tempat ke-6 bagi kategori perempuan bawah 18 tahun. Kedua-dua murid ini akan mewakili zon Pudu untuk Pertandingan Catur peringkat MSSN nanti.

Jejak Juara Debat Bahasa Inggeris

Tahniah buat pasukan debat yang terdiri daripada Angel Aishwarya a/p Gandhi, Thivyashree a/p Thivagaar, Parineeta Kaur, Megan Ho Sher Lyn dan Reshveena a/p Siva Kumar - yang berjaya mendapat tempat ketiga di peringkat daerah.

2023

Koko Pencapaian 2023.pdf

2022

Koko-Pencapaian-2022.pdf

2019

Koko-Pencapaian-2019.pdf