Surat Pekeliling, Akta, Dasar dan Peraturan

Dasar Pelaksanaan Kegiatan Kokurikulum

Kegiatan kokurikulum ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang daripada proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah (kurikulum) yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di bilik darjah."


Dalam Warta Kerajaan bertarikh 28 Disember 1967, No. 5652 (Peraturan Kursus Pengajian) Sekolah 1956, kegiatan ini dikenali sebagai "Kegiatan Kumpulan".


Dalam Warta Kerajaan bertarikh 31 Disember 1997, Jld. 41, No. 26, Tambahan No. 94, Perundangan A.P.U. (A) 531, Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan (Kokurikulum Kebangsaan) telah memberi takrif Kokurikulum iaitu :


Kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi yang berikut:


Dasar Utama (1) Kegiatan Kokurikulum Adalah Sebahagian Daripada Kurikulum Kebangsaan - Rujuk Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”


(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.


Melaksanakan kokurikulum di sekolah adalah WAJIB

Kegagalan @ Keengganan melaksanakan kegiatan kokurikulum adalah suatu kesalahan yang jika disabitkan bersalah boleh dijatuhi hukuman denda atau penjara atau pun kedua-duanya sekali di bawah penalti am.


Seksyen 135 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550 ): Penalti Am.

(1) Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah Akta 550 yang baginya tiada penalti diperuntukkan dengan nyata, boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.”

(2) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah Akta 550 ini boleh, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda harian yang tidak melebihi lima ratus ringgit sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang boleh dikenakan kepadanya di bawah Akta 550 ini berkenaan dengan kesalahan itu, bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan.”


Dasar Utama (2) Penyertaan Murid Dalam Kegiatan Kokurikulum Adalah Wajib

– {Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}


– {Untuk tujuan ini Pengetua/Guru Besar telah diperuntukkan kuasa untuk menubuhkan kelab/persatuan di sekolah seperti dalam Peraturan 4 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 yang diterbitkan sebagai PU(A)196/98.}


– {Hal ini ditegaskan dalam Perkara 8.2.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 1/1985 dan Perkara 2.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/1986)}


– {Hal ini hendaklah dimaktubkan dalam Buku Undang-Undang dan Peraturan Sekolah dan perlu diketahui oleh murid-murid dan ibu bapa mereka}


Dasar Utama (3) Penyertaan Semua Guru Adalah Wajib





Dasar Utama (4) Perlaksanaan “Kegiatan Kokurikulum”




Dasar Utama (5) Penyertaan “Beramai-Ramai”



Dasar-Dasar Sokongan Dalam Perlaksanaan Kokurikulum Di Sekolah

– {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}








Garis Panduan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan Dan Kokurikulum

Surat Pekeliling Ikhtisas Kokurikulum

Klik di sini untuk akses pekeliling-pekeliling berikut: