EKSA
Pengenalan
Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) telah diperkenalkan mulai Januari 2014 oleh MAMPU sebagai inisiatif penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam dengan mengambil kira keperluan bagi mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan kondusif supaya lebih relevan dengan sekolah sektor awam di Malaysia. Langkah penjenamaan semula ini difikirkan sesuai dan seiring dengan perubahan dan kehendak semasa untuk meningkatkan prestasi dan daya saing organisasi di samping menyemarakkan lagi budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan warga pendidikan. Amalan 5S merupakan satu kaedah pengurusan yang dipelopori oleh pihak industri di Jepun bagi mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selesa, kemas dan selamat. Amalan 5S bermatlamat mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal
EKSA diperkenalkan berasaskan dengan Amalan 5S yang menekankan kepada lima amalan utama iaitu sisih, susun, sentiasa amal, seragam dan sapu.
Walau bagaimanapun 5S telah ditukar kepada EKSA (Ekosistem Konduksif Sektor Awam) yang lebih berimej korporat. Selain memberi keutamaan kepada aspek kebersihan, kekemasan dan keselamatan tempat kerja, EKSA juga berupaya mengukuhkan lagi Sistem Pengurusan Kualiti Jabatan / Agensi berasaskan Standard MS ISO 9000, khususnya dalam memenuhi klausa Pengurusan Sumber berkaitan manusia.
Sesunguhnya pelaksanaan amalan EKSA ini telah memberi impak yang besar bukan sahaja persekitaran kerja yang konduktif tetapi telah memberi impak kepada peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan di sekolah. Ini dapat dilihat dari segi pelaksanaan tugas yang lebih sistematik, pengurusan dokumen, pengurusan stor, pengurusan aset, perkhidmatan kaunter dan semua ini telah menyumbang kepada penyampaian perkhidmatan yang lebih baik. Impak yang ketara juga dapat dilihat dari segi kepuasan bekerja, memupuk kerja berpasukan dan seterusnya meningkatkan imej sekolah.
SMKCJP menyahut cabaran untuk merealisasikan amalan EKSA dibudayakan di sekolah ini sekali gus menjadi sekolah rintis yang melaksanakan EKSA di Kuala Lumpur.
Polisi Amalan EKSA
Membudayakan amalan EKSA di SMK Convent Jalan Peel dengan mengutamakan budaya kerja yang sistematik ke arah mewujudkan suasana kerja yang kondusif dan selesa
Matlamat Amalan EKSA
Pengamalan EKSA secara berterusan sebagai budaya kerja cemerlang
Objektif Amalan EKSA
Mewujudkan suasana bersih, kemas, tersusun dan teratur
Mewujudkan persekitaran kerja yang lebih kondusif dan sistematik
Meningkatkan motivasi dan disiplin warga sekolah
Memupuk semangat berpasukan dalam kalangan guru
Memupuk nilai tangungjawab terhadap kemudahan organisasi
Membina penambahbaikan berterusan untuk meningkatkan kualiti organisasi
Lawatan Penanda Aras EKSA