Selamat Datang ke Laman Rasmi SMK Convent Jalan Peel
Logo TS25
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.
TS25 mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (Pdp) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013- 2025.
Mengaplikasikan konsep dan amalan PdP terbaik
Membangunkan kepakaran dalaman melalui laihan yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan
Membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan dengan mengutamakan kemenjadian murid
PAK-21 yang menekankan pembelajaran berpusatkan murid dan berunsurkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Dilaksanakan dengan penyediaan bilik darjah bersesuaian dan disusuli penyediaan rancangan mengajar serta pelaksanaan pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) abad ke-21
PLC merupakan koleksi aktiviti akademik secara bersepadu berteraskan 5 strategi utama sebagai usaha menyokong & memperbaiki pencapaian murid & sekolah. Ianya menjadi simbol usaha secara komprehensif & cita-cita besar KPM bagi mencabar, memotivasi serta membantu sekolah meningkatkan pencapaian