CARTA ORGANISASI
PELAN LANTAI PSS
https://fliphtml5.com/bookcase/dtovd
Program NILAM Online (Nadi Ilmu Amalan Membaca) @ IQ-NILAM
Makluman untuk para ibu bapa, bermula tahun 2021 ini, semua murid akan mengisi data bacaan NILAM masing-masing ke dalam sistem IQ-NILAM pada pautan berikut https://iqnilam.moe.gov.my
Anak-anak amat digalakkan membaca dalam tempoh PKP ini.
KOLAM IKAN
SANGKAR BURUNG
TAMAN UNGGAS
TAMAN HERBA
Kata resensi ini berasal dari bahasa Belanda “recensie” yang bererti membicarakan dan menilai/beorordelend en bespoken. Dari makna inilah, maka media cetak Belanda menyediakan halaman atau kolom khusus sebagai wadah pembicaraan buku ini (Lasa, 2006).
Menurut (gorys keraf , 1994;274) – Resensi didefinisikan sebagai sebuah tulisan atau ulasan mengenai nilai sebuah karya atau buku.
Daripada pengertian tersebut maka muncul istilah lain dari kata resensi iaitu kata pertimbangan buku, pembicaraan buku, dan ulasan buku.
RESENSI BUKU KEGEMARAN 2021 : PHYSICS OF THE FUTURE BY MICHIO KAKU
DENGAN KERJASAMA : BAHAGIAN SUMBER & TEKNOLOGI PENDIDIKAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
🗓 Tarikh : 30 JUN 2021 (RABU)
⏰ Masa : 9.30 PAGI
🏢 Tempat Secara Langsung Dalam Talian : https://bit.ly/2T3IMsp
BELANDA KALAH DI SELANGOR SELASA 28 JUN 1785
Pada hari ini dalam tahun 1785, orang-orang Belanda di bawah pimpinan Komander Gerardus Zwykhardt dan August Gravensteyn terpaksa lari meninggalkan kubu-kubu mereka di Kuala Selangor dan balik ke Melaka. Orang-orang Belanda itu telah dapat dikalahkan oleh angkatan Sultan Ibrahim Shah, Sultan Selangor kedua yang diketuai oleh Baginda sendiri dengan bantuan dua ribu orang Pahang yang diberikan oleh Bendahara Abdul Majid. Serangan ke atas kubu-kubu itu dilakukan pada waktu malam 27 Jun 1785. Ketika Kompeni Belanda berkuasa di Kuala Selangor mereka mengambil alih kubu-kubu pertahanan Sultan Ibrahim di Kuala Selangor dan melantik Raja Muhammad Ali Siak sebagai Pemangku Yang Dipertuan Selangor. Tetapi akhirnya, Sultan Ibrahim dan pengikut-pengikutnya dan dengan bantuan orang-orang Pahang telah berjaya menawan kembali kubu Kuala Selangor dan mengusir Belanda dari situ. Apabila Sultan Ibrahim berkuasa semula baginda telah memperbaiki dan membina kubu-kubu di atas kawasan bukit di Kuala Selangor. Melihatkan kekuatan kerajaan Sultan lbrahim, Kompeni Belanda memutuskan untuk berbaik-baik dengan Baginda. Sebagai ekorannya, pada 29 Jun 1786, satu perjanjian telah ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak. Sesungguhnya kemenangan yang dicapai ini, mampu menebus kembali kekalahan Selangor dan semangat bersatu yang tertinggi di kalangan rakyat merupakan faktor penyumbang kepada kejayaan tersebut.
Sumber : Arkib Negara Malaysia