Ibu bapa boleh mencari email DELIMa murid di sini. Caranya ialah :
1.Sila tekan "CARIAN MURID"
2.Taip nama murid di "CARIAN NAMA PENGGUNA"
3.Nama murid akan tersedia
"Terima Kasih Cikgu"
Tanggal 16 Mei merupakan hari bagi meraikan jasa guru di Malaysia. Semoga semua pendidik akan diberikan kesihatan serta kelapangan masa dalam usaha untuk menyampaikan ilmu. Terima kasih cikgu. Jasamu dikenang
Alhamdulillah serta rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana pada tahun ini kita masih dapat menjalani ibadah puasa seperti biasa. Semua warga SK Sungai Kertas mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa.
Di sini kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin kepada semua warga SK Sungai Kertas, murid-murid dan ibu bapa sekalian. Semoga dibulan Syawal yang mulia ini kita sama-sama bermaaf-maafan sesama kita semua agar hidup kita lebih bermakna.
Tanggal 16 Mei merupakan tarikh yang bersejarah iaitu Sambutan Hari Guru di Malaysia. Hari sambutan ini adalah bertujuan untuk menghargai jasa warga pendidik yang sudah berhempas pulas dalam menyampaikan ilmu kepada murid-murid. Semoga semua warga pendidik sentiasa dirahmati.
MERDEKA !!! MERDEKA !!! MERDEKA !!!
Tanggal 31 Ogos merupakan detik bersejarah buat negara kita. Walaupun negara kita masih lagi dilanda badai Covid-19 namun, kemeriahan menyambut Hari Kemerdekaan di dalam norma baharu masih lagi dapat dirasai bersama keluarga dirumah & sambutan secara maya. Semoga negara kita dapat bebas dari cengkaman Covid-19. MERDEKA!!!