GURU BESAR SK SUNGAI KERTAS
Berpengalaman luas serta komited dengan tugas yang ada. Beliau telah berkecimpung dalam bidang pendidikan lebih kurang 30 tahun dan masih lagi berkhidmat sehingga kini. Telah mendapat pendidikan tertinggi di IPG Kampus Bahasa Melayu pada tahun 2013. Memegang erat "Nak berjaya, ikut tanpa tapi, buat tanpa henti" sebagai prinsip bekerja.
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SK SUNGAI KERTAS
Beliau telah menyinari bidang perguruan selama 25 tahun sehingga kini. Mendapat pendidikan peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Putra Malaysia sekitar tahun 2009. Beliau telah melanjutkan pelajarannya di peringkat Ijazah Sarjana di Universiti Pendidikan Sultan Idris pada tahun 2016. "Buat Sehabis Baik" merupakan prinsip beliau dalam mengemudi bahtera SK Sungai Kertas.
PENOLONG KANAN HEM SK SUNGAI KERTAS
Seorang yang sangat optimis ketika menjalankan tugas dengan 23 tahun pengalaman di dalam bidang pendidikan. Beliau telah mendapat pendidikan diperingkat Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) di Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur. Berbekalkan prinsip "Ikhlas menjalankan tugas kerana itu juga amanah Allah" mendorong beliau untuk memimpin guru-guru terus cemerlang.
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM SK SUNGAI KERTAS
Beliau telah menjadi warga pendidik lebih kurang 23 tahun serta sangat memahami cabaran serta onak duri dalam bidang pendidikan. Telah mendapat pendidikan tertinggi di Maktab perguruan Batu Pahat, Johor. "Selalu lakukan perubahan kecil ke arah yang lebih baik" sebagai kata penguat kepada diri dalam urusan hidup agar segala gerak kerja yang dilakukan membuahkan hasil yang berkualiti.
PENOLONG KANAN PETANG SK SUNGAI KERTAS
Seorang yang berpengalaman luas berbekalkan 27 tahun pengalaman menjadi warga pendidik. Mendapat pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia Johor Bharu dalam bidang Sarjana Pendidikan (Pengurusan & Pentadbiran sekitar tahun 2020. Beliau mempunyai prinsip "jangan mudah berputus asa dan lakukan tugas dengan penuh iltizam" sebagai pembakar semangat serta menjadi pendorong untuk lebih optimis.