SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI KERTAS
SK Sungai Kertas mulai dibuka pada 1 Disember 1994. Ianya mula digunakan pada 30 November 1994 semasa hari orientasi yang pertama.
Sekolah ini dibina di atas sebidang tanah seluas 4 ekar yang terletak di atas sebuah bukit. Mempunyai struktur 2 blok bangunan 4 tingkat dan 1 blok kantin serta sebuah padang. Mempunyai kemudahan 25 bilik darjah, 1 bilik pusat sumber, bilik muzik, bilik guru, bilik sukan, bilik komputer, bilik kaunseling, surau dan 1 buah pejabat.
Murid – murid sekolah ini terdiri daripada penduduk sekitar Kawasan sekolah iaitu Kg. Sungai Kertas, Wira Damai, Taman Seri Gombak, Kg Laksamana, Taman Jasa Utama dan lain-lain kampung yang berhampiran. Seramai 675 orang telah mendaftar di hari pertama persekolahan.
Pada awal pembukaan, sekolah ini telah menjalankan persekolahan sesi pagi sahaja untuk Tahun 1 hingga 5 dengan menggunakan 17 buah kelas. Tenaga pengajar pada peringkat awalnya diterajui oleh En. Yaseri@Yasri B. Mohd Sarif dan 27 orang guru, 1 orang kerani, 1 orang pekerja am dan 1 orang pembantu pejabat.