Pada 21 Okt 2022, murid bukan Islam didedahkan dengan aktiviti menghasilkan kolam yang berwarna warni. Ia bertujuan untuk meningkatkan kemahiran kreativiti dan menerapkan semangat toleransi dalam kalangan murid.
Pameran hasil seni oleh murid-murid dipamerkan untuk tontonan umum kepada semua murid SKSD. Ia dilaksanakan pada 29 September 2022 bertempat di Dewan SKSD yang bertujuan untuk memupuk semangat kreativiti dan inovasi dalam kalangan murid. Pameran ini dirancang oleh Panitia Seni Visual yang diketuai oleh Ustazah Rozita bersama guru PSV yang lain. Bahan pameran merupakan hasil karya yang dihasilkan oleh murid sepanjang PDPC subjek PSV bermula awal tahun 2022.
Pameran hasil seni anjuran Panitia PSV diakhiri dengan lawatan oleh murid kelas 6 Jauhari pada 13 Okt 2022. Mereka diberi peluang untuk melihat dan membuat penilaian kendiri terhadap hasil yang dihasilkan oleh semua murid melalui subjek PSV sepanjang tahun.