Kem Kepimpinan Murid (siri 1) telah diadakan pada 1 Okt 2022 yang lalu bertempat di SK Simpang Durian. Kem ini dirancang untuk melatih murid dengan semangat kerjasama, komited melaksanakan tugasan dan membina hubungan yang lebih akrab dalam kalangan pemimpin murid di sekolah. Kem yang diilhamkan oleh Teacher Amira ini, dibantu oleh guru-guru dengan pelbagai aktiviti antaranya adalah explorace, aktiviti dalam kumpulan dan ilmu sahsiah diri.