Pada 11 Okt 2022, telah berlangsung perarakan Sempena Sambutan Maulidur Rasul 2022 yang diadakan sekitar Pekan Simpang Durian oleh murid SKSD. Perarakan ini diadakan bertujuan untuk menzahirkan kegembiraan dan kasih sayang kepada baginda Nabi SAW dalam diri murid. Sepanjang perarakan, laungan selawat dialunkan oleh semua peserta perarakan yang turut diserikan oleh Tuan Guru Besar, Ustaz Md Fouzar Norsirin.
Pada 21 Okt 2022, telah diadakan Majlis Penutup Bulan Cinta Rasul yang dirasmikan oleh Cikgu Sharol Nizam, Penolong Kanan Pentadbiran SKSD. Majlis dimulakan dengan bacaan Yaasin Perdana yang diketuai oleh Adik Huzaifah, Adik Ammar dan Adik Khalish Harith. Majlis juga diserikan dengan Ceramah Khas yang disampaikan oleh Ustaz Azmi. Selain itu, majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan oleh kumpulan nasyid murid tahap 2 dan persembahan Coral Speaking oleh murid tahap 1. Majlis berlangsung dengan meriah dan jayanya melalui kerjasama dan penyertaan semua pihak termasuk guru-guru.
Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Maulidur Rasul Peringkat SK Simpang Durian bagi tahun 2022. Majlis dirasmikan oleh Guru Besar Cemerlang, Ustaz Md Fouzar Norsirin di Dewan SKSD pada jam 8.00 pagi, hari Khamis 28 September 2022.
Pada 12 Okt 2022, telah dilaksanakan Pertandingan Mewarna sempena Sambutan Bulan Maulidur Rasul untuk murid Prasekolah SKSD. Pertandingan ini dilaksanakan untuk memupuk kesedaran dan semangat kecintaan kepada baginda Nabi SAW dalam diri murid.