PROGRAM & AKTIVITI TKRS 2022
Seramai tujuh orang murid SKSD telah menyertai Perkhemahan Perdana TKRS Daerah Jelebu 2022 yang telah dijalankan di SK Kuala Klawang pada 4 - 6 Oktober yang lalu. Perkhemahan yang dianjurkan oleh pihak PPDJJ disertai lebih 106 orang kadet dari 14 buah sekolah rendah di Jelebu. Skuad kadet SKSD telah menyertai tiga pertandingan yang dianjurkan antaranya adalah pertandingan Masakan Rimba, Bantu Mula dan Hafazan al-Quran & Bacaan Doa.
Pada 12 Okt 2022, dua orang kadet TKRS SKSD telah terpilih untuk mewakili kontinjen TKRS Negeri Sembilan dalam Perkhemahan Latihan Pusat Kawad Kaki di Kem Rimba Ilmu, Kuala Pilah selama tiga hari. Mereka akan dilatih sebelum memasuki pertandingan Kawad Kaki peringkat kebangsaan yang diadakan pada akhir tahun nanti.
Pada 26 Sep 2022 yang lalu, dua orang murid SKSD telah terpilih untuk menjalani Latihan Kawad Kaki di Kem Rimba Ilmu, Kuala Pilah. Cikgu Shauqi menjadi pengiring dan menguruskan hal berkaitan di sana agar ia dapat berjalan dengan lancar. Murid yang terpilih akan mengikuti Latihan Pusat Kawad Kaki untuk Pertandingan Kawad Kaki peringkat kebangsaan.