Selamat datang ke Laman Web Rasmi Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Jalan Batu.
Pusat Sumber Sekolah (PSS) merupakan pusat perkhidmatan akses maklumat bersepadu yang mengandungi pelbagai sumber pendidikan dalam bentuk bahan cetak, bukan cetak dan digital. PSS perlu diurus secara sistematik dan efisyen bagi tujuan memupuk tabiat membaca, literasi maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Rangkuman aktiviti murid-murid dan guru SKPK Jalan Batu di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan. Aktiviti didokumentasikan dalam bentuk gambar dan video menerusi akaun media sosial rasmi sekolah iaitu Youtube SKPK Jalan Batu dan Facebook Page Warga SKPK Jalan Batu.