Selamat datang ke Laman Web Rasmi Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Jalan Batu.
Masalah penglihatan adalah suatu keadaan dimana seseorang individu menjadi buta atau mengalami penglihatan yang terhad. Kehilangan keupayaan ini tidak boleh dibetulkan dengan cermin mata, kanta lekap, ubat atau pembedahan. Seramai 2.2 billion penduduk dunia mempunyai masalah penglihatan (World Health Organization, 2019).
Tahukah anda, Hari Braille Sedunia disambut setiap 4 Jan, iaitu pada hari lahir pencipta Braille, Louis Braille.
Ia diraikan untuk meningkatkan kesedaran pentingnya Braille dalam komunikasi & bagi mengiktiraf hak asasi manusia OKU penglihatan.