Selamat datang ke Laman Web Rasmi Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Jalan Batu.
Pusat Sumber Sekolah (PSS) merupakan pusat perkhidmatan akses maklumat bersepadu yang mengandungi pelbagai sumber pendidikan dalam bentuk bahan cetak, bukan cetak dan digital. PSS perlu diurus secara sistematik dan efisyen bagi tujuan memupuk tabiat membaca, literasi maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Dasar Pengurusan Pusat Sumber Sekolah diwujudkan untuk memastikan Pusat Sumber Sekolah mempunyai koleksi yang menepati piawaian dan terkini, diurus dengan cekap dan berkesan, dan digunakan secara optimum bagi meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran.
Strategi Pelaksanaan Dasar PSS adalah seperti berikut:
Memastikan Pusat Sumber Sekolah mempunyai kemudahan fizikal dan infrastruktur yang sesuai dan memenuhi fungsi dan peranannya.
Memastikan Pusat Sumber Sekolah mempunyai koleksi bahan yang menepati piawai dan terkini.
Memastikan Pusat Sumber Sekolah diuruskan dengan cekap dan berkesan sesuai dengan kemajuan teknologi maklumat masa kini.
Memastikan Pusat Sumber Sekolah diuruskan oleh Guru Perpustakaan dan Media yang menepati syarat kelayakan dan kriteria yang ditetapkan dalam pekeliling semasa.
Memastikan Pusat Sumber Sekolah sentiasa meningkatkan usaha untuk melaksanakan aktiviti penggalakan membaca dan literasi maklumat dalam meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran.
Pusat Ilmu
Pusat Penemuan
Pusat Pengajaran dan Pembelajaran
Pusat Pengajaran
Pusat Profesional
Pusat Hubungan Masyarakat
Merancang dan mengurus perolehan bagi membina koleksi yang komprehensif, seimbang dan kemas kini yang selaras dengan keperluan kurikulum dan memenuhi keperluan warga sekolah.
Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan akses maklumat bagi kegunaan individu atau kumpulan.
Memberi panduan dan kemahiran kepada warga sekolah berkaitan proses carian, penghasilan dan penggunaan maklumat.
Menyediakan kemudahan, peralatan dan bahan supaya sentiasa dalam keadaan baik dan berfungsi.
Menjalin perkongsian pintar dan rangkaian strategik dengan pelbagai agensi untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan.
BILIK TAYANGAN / MULTIMEDIA
PUSAT AKSES KENDIRI
BILIK RAKAMAN
Jumlah Buku Perolehan : 4681 buah
Buku yang telah dilupus : 2200 buah
Jumlah murid : 31 orang
Nisbah : 1: 80.03
[Setakat 2021]
Kesedaran pinjaman buku kepada guru meningkat. Guru boleh menambah mata kredit dalam SPLG.
Pada tahun 2021, murid tidak membuat pinjaman kerana sekolah masih terikat dengan SOP garis panduan pembukaan sekolah 3.0.
Purata bahan bacaan murid meningkat.
Buku Fiksyen
buku cerita yang berbentuk rekaan dan khayalan pengarang atau penulis
cerita binantang, cerita dongeng, cerita teladan, cerita rakyat, cerita sains, cerita penyiasatan
Buku bukan fiksyen
buku berbentuk pengetahuan dan mengandungi fakta
Pengetahuan - karya am, falsafah, agama, Sains kemasyarakatan, bahasa, teknologi
Fakta - bibliografi, ensiklopedia, biografi, buku glosari, kamus
1. Bahan bercetak
Bahan bantu belajar
Katalog, manual pengguna, buku skrap
Buletin, carta, poster
Komik
Jurnal, laporan
Majalah
Risalah, brosur
Artikel, rencana
Peta
Cerpen
2. Bahan bukan bercetak
Kit pembelajaran
CD perisian pembelajaran
Dalam talian
Akhbar atau majalah elektronik
Youtube
Pembelajaran dalam talian (e-learning)
Persekitaran pembelajaran maya (virtual learning environment)
Buku elektronik (e-book), Rak Maya SKPK Jalan Batu
Laman sesawang
Contoh: U-Pustaka, Portal DeLIMa, Akademi Youtuber
Perlukan maklumat lanjut mengenai NILAM?
Perlukan maklumat lanjut mengenai Bilik Darjah PAK 21?
Perlukan maklumat lanjut mengenai Kemudahan Sekolah?