SK PUNCAK ALAM 2
BENTUK
BULAT
Bulat di tengah melambangkan permulaan yang betul dan kepaduan matlamat penubuhan sekolah untuk memenuhi harapan masyarakat
EMPAT SEGI
Empat segi melambangkan bidang yang perlu ditangani iaitu rohani, jasmani, intelek dan emosi
REBEN
Reben melambangkan selendang yang menyatukan semua bidang yang ditetapkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan harapan masyarakat
WARNA
MERAH
Bersemangat berani dan sanggup mengharungi cabaran demi memenuhi harapan dan mencapai kejayaan sekolah.
BIRU
Perpaduan beserta kerja kuat ke arah mengisi keperluan dan kehendak warga sekolah.
KUNING
Kepatuhan kepada peraturan dan undang-undang menjamin sekolah menjadi tempat yang selesa, harmoni dan sesuai untuk menimba ilmu.
LAMBANG
SKROL
Melambangkan semangat terus membara untuk menjulang kejayaan dan memenuhi wawasan kecemerlangan serta harapan sekolah dalam akademik.
BUKU
Sumber ilmu dan model rujukan.
KOMPUTER
Inovasi dan kelengkapan kepada penyaluran ilmu pengetahuan mengikut perkembangan zaman.
BINTANG
Mercu kegemilangan yang tinggi yang semua warga sekolah perlu gapai dan realisasikan.
GELUNG
Lima gelung melambangkan bidang kesukanan dan kecergasan jasmani untuk menjadi warga sihat, kuat dan aktif melalui olahraga, permainan, rekreasi dan memperolehi kemenangan dalam penyertaan pertandingan.
2004
Tahun sekolah ditubuhkan.
MOTTO
CEMERLANG
Kami sentiasa berfikiran CEMERLANG, berusaha kearah kecemerlangan berterusan dan mencapai prestasi yang CEMERLANG.
GEMILANG
Kami mematlamatkan sekolah menjadi GEMILANG murid, guru, akademik, ko-kurikulum, perkhidmatan dan iklim sekolah sepanjang masa.
TERBILANG
Kami berwawasan dan berusaha ke arah menjadi sekolah yang duduk antara sekolah yang TERBILANG di Malaysia.