PEMBELAJARAN

ABAD KE-21

DEFINISI

Proses pembelajaran yang berpusatkan murid berteraskan elemen komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, dan kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika.

PEDAGOGI ABAD 21

Kemahiran berfikir aras tinggi

Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu (KPM, 2013).

Pembelajaran secara kontekstual

Pembelajaran akan menjadi lebih berkesan sekiranya teori yang berbentuk abstrak boleh dipelajari oleh murid secara praktikal dan kontekstual (Abell & Lederman, 2007).

Pembelajaran adalah proses adaptasi antara pengetahuan diperoleh melalui transformasi pengalaman seseorang (Kolb, 1984). Pengalaman dan aktiviti yang dilakukan oleh murid adalah sebahagian daripada proses pembelajaran.


Merentas Kurikulum


Kolaboratif

Pembelajaran kolaboratif adalah situasi dua atau lebih manusia belajar bersama-sama (Bruffee, 1993). Kolaboratif melibatkan perkongsian maklumat kemahira dan idea untuk kemajuan bersama (Dillenbourgh, 1999).

- Kolaboratif guru dengan murid dalam pembelajaran

- Kolaboratif murid dengan murid dalam pembelajaran

- Kolaboratif, berkongsi maklumat atau meminta bantuan kepakaran secara dalam talian


Teknologi Maklumat Dan Media

Peralatan media elektronik / bukan elektronik


Pembelajaran Berasaskan Projek / Modul

Penyelesaian Masalah

Pembelajaran akan lebih berkesan sekiranya pembelajaran mengambil kira

keperluan dan kepelbagaian murid (Draves & Julie, 2011).

Pentaksiran Secara Telus


KEMAHIRAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21

Kemahiran Maklumat dan Komunikasi

Literasi maklumat & media

Kemahiran berkomunikasi

Kemahiran Berfikir dan Menyelesaikan Masalah

Pemikiran kritikal dan bersistem

Penyelesaian masalah

Kreativiti dan semangat meneroka

Kemahiran Interpersonal dan Arah Kendiri

Kemahiran interpersonal dan kolaborasi

Arah kendiri

Akauntabiliti dan adaptasi

Tanggungjawab sosial


CIRI-CIRI PENGURUSAN BILIK DARJAH ABAD KE-21

· Kepimpinan sekolah

· Pedagogi guru

· Sokongan ibu bapa

· Penglibatan murid

· Sumber (Media Tools)

· 4 Cs

- Creativity

- Collaboration

- Communication

- Crictical thinking


5 STANDARD ASAS PAK 21 - BERPUSATKAN MURID

Komunikasi

Berlaku interaksi antara guru-murid, murid-murid dan murid-bahan secara lisan dan bukan lisan bagi menyampaikan ilmu yang mereka faham dan berkongsi pengetahuan dengan rakan-rakan.

Kolaboratif

Berlaku kerjasama dan muafakat antara guru-murid dan murid-murid secara aktif dan menyeluruh yang membolehkan pertukaran idea dan pandangan antara murid.

Pemikiran Kritis

Berlaku penerokaan pemikiran untuk menilai sesuatu idea secara logik dan rasional

untuk membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti

yang munasabah.

Kreativiti

Berlaku proses penjanaan idea yang menghasilkan inovasi bahan, aktiviti dan projek yang baharu, unik, berguna dan berkualiti.

Nilai Murni & Etika

Penerapan dan pemupukan nilai murni dan etika ke arah pembentukan jati diri nasional mengikut acuan Malaysia.

GURU ABAD KE-21

Menguasai subjek Kandungan Kurikulum

Mahir dan berketerampilan dalam pedagogi abad ke-21

Kemahiran mengesan perkembangan murid dan menyokong mereka

Menguasai kemahiran psikologi pembelajaran

Memiliki kemahiran kaunseling

Kemahiran pengguna media dan teknologi maklumat terkini

MURID ABAD KE-21

Bijak menyoal

Menjana idea

Dahagakan ilmu

Berani mencuba

Mengambil risiko

Yakin berkomunikasi

Fleksibel

Berintegriti

Berupaya membuat

mendengar& membuat refleksi

berkemahiran kritis & menguasai literasi

rasa ingin tahu yang mendalam