SK PUNCAK ALAM 2
Sekolah Kebangsaan Puncak Alam(2) (SKPA2) merupakan sebuah sekolah kebangsaan terletak di Jalan Gugusan Alam 7/1, Bandar Puncak Alam, dalam Mukim Jeram, daerah Kuala Selangor. Sekolah ini dibina di atas projek secara “design and build” dengan perbelanjaan RM 11 juta. Pembinaan sekolah ini dibiayai oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan dimajukan oleh Puncak Alam Housing Sdn Bhd. Keindahan SKPA (2) berkait rapat dengan struktur lanskapnya yang bertingkat kerana tanah yang ditarah dan ini menjadikan sekolah ini lebih menarik. Institusi pendidikan ini mempunyai 6 blok bangunan utama. Di samping itu, terdapat bangunan khas yang dibina sama di atas tanah seluas 9 ekar ini iaitu Dewan Besar, 2 buah bangunan Prasekolah, surau, pondok basikal dan tempat menunggu bas.