DASAR KUALITI DAN OBJEKTIF KUALITI

DASAR KUALITI

SKPA (2) komited untuk menyediakan dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti bagi memenuhi keperluan pelanggan. Adalah menjadi komitmen pihak pengurusan dan semua anggota untuk mematuhi keperluan Sistem Pengurusan Berkualiti dan meningkatkan keberkesanannya secara berterusan

Bagi memastikan tujuan ini tercapai, dasar kualiti serta objektifnya disemak semula dari masa ke semasa untuk penambahbaikan yang berterusan dan menyeluruh bersesuaian dengan keperluan organisasi untuk memenuhi dan meningkatkan tahap kepuasan pelanggan.

Dasar kualiti ini disebar luas kepada seluruh anggota SKPA (2) melalui media cetak, taklimat pengurusan dan papan kenyataan untuk difahami dan dihayati


OBJEKTIF KUALITI

  • Meningkatkan Prestasi Akademik sebanyak 5 peratus berdasarkan kepada pencapaian tahun semasa atau mencapai minima 68 % lulus keseluruhan setiap aliran dan subjek

  • Gred Purata Sekolah untuk setiap peperiksaan ialah 2

  • Memastikan 100 peratus aduan pelanggan yang diterima diambil tindakan supaya pengurusan sekolah berjalan lancer

  • Melaksanakan pengurusan kewangan yang berhemah ke arah status pengauditan sekolah di tahap BAIK

  • Kes salahlaku disiplin menurun dan sahsiah murid bertambah baik

  • Mengekalkan fizikal dan persekitaran sekolah ceria dan kondusif untuk pembelajaran

  • Penarafan Kendiri Sekolah mencapai tahap melebihi 85 % Standard Kualiti Pendidikan Malaysia

  • Pencapaian cemerlang bidang sukan, persatuan, unit beruniform dan ko-akademik ke peringkat kebangsaan