PENGUMUMAN & MAKLUMAN TERKINI
UCAPAN ALUAN YANG DIPERTUA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
Portal Pembelajaran
SK KEBAGU
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.
Alhamdulillah, setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya maka terbinalah laman sesawang rasmi SK Kebagu ini. Saya mewakili Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa penubuhan blog sekolah di atas kesungguhan mewujudkan blog ini.
Adalah menjadi hasrat dan matlamat PIBG untuk bekerjasama dengan pihak pentadbiran SK Kebagu dalam usaha memberi pengetahuan kepada ibu bapa dan masyarakat di luar sana tentang aktiviti-aktiviti yang telah dirancang dan akan dilaksanakan oleh PIBG dalam usaha untuk meningkatkan prestasi sekolah ke arah Sekolah Berprestasi Tinggi pada tahun 2030 nanti. Sokongan yang diberikan oleh PIBG sama ada dalam bentuk material atau pun moral diharapkan dapat membantu SK Kebagu merealisasikan matlamat dan harapan ini.
Bagi merealisasikan hasrat dan matlamat tersebut, PIBG khususnya Ahli Jawatankuasa 2024/2025 akan sentiasa memberikan kerjasama yang diperlukan. Justeru, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru ahli-ahli PIBG untuk bersama-sama memberikan idea, pendapat atau maklum balas kepada PIBG dalam usaha kita membantu pihak pentadbiran sekolah menjalankan tanggungjawab mereka.
Semoga dengan terbinanya laman sesawang rasmi ini, dapatlah pihak sekolah menyalurkan segala informasi terkini berkaitan aktiviti sekolah dan PIBG kepada ibu bapa dan mayarakat di luar sana. Di samping itu juga, para ibu bapa dan masyarakat di luar sana bolehlah memberikan tindak balas secara langsung tentang hal yang berkaitan dengan sekolah melalui laman ini.
Akhir kata, saya berharap agar semangat kerjasama dan sikap bersatu padu yang sedia terjalin dari dulu hingga kini akan terus dikekalkan bagi meningkatkan lagi tahap kecemerlangan SK Kebagu. Saya juga mendoakan semoga semua guru dan pelajar-pelajar SK Kebagu dilindungi oleh Allah dan mencapai kejayaan dalam apa jua bidang yang akan diceburi nanti.
Sekian, terima kasih.
Wasallam.
RICKY @ MARZUKI UTUHMAN
YANG DIPERTUA PIBG
SEKOLAH KEBANGSAAN KEBAGU