PENGUMUMAN & MAKLUMAN TERKINI
UCAPAN ALUAN GURU BESAR
Portal Pembelajaran
SK KEBAGU
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Salam Sejahtera
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan taufik dan hidayahNya kita diberi kekuatan untuk terus berdiri teguh dan melangkah dengan gagah bagi merealisasikan visi sekolah iaitu “Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”.
Sebagai Pentadbir, saya yakin dan percaya seluruh warga pendidik telah berusaha dan akan terus berusaha menjalankan tugas dengan AMANAH dan penuh tanggungjawab bekerja sebagai satu pasukan yang kuat dan padu bagi meningkatkan kecemerlangan akademik, kokurikulum dan sahsiah ke arah
bersatu untuk kecemerlangan sekolah.
Mendepani Cabaran CoViD-19, Dashboard Pengurusan Sekolah telah diwujudkan bagi memastikan Kelancaran Pentadbiran Sekolah serta kelangsungan PdPc Guru dan Murid. Harapan saya agar semua guru, murid dan ibu bapa dapat memanfaatkan Dashboard ini seterusnya dapat menjadi satu medium berguna untuk murid-murid Sekolah Kebangsaan Kebagu, Kota Kinabalu.
Sekian,
Terima Kasih
ROSMAT BIN NAPIU @ APIU
Guru Besar
SK Kebagu, Kota Kinabalu