PENGUMUMAN & MAKLUMAN TERKINI
UCAPAN ALUAN PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
Portal Pembelajaran
SK KEBAGU
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta
keluarga dan para sahabat baginda.
Alhamdulillah, dengan izin-Nya, Panduan Pengurusan Sekolah SK Kebagu dapat disempurnakan. Ianya sebagai panduan dan pedoman untuk setiap guru di sekolah ini memainkan peranan serta menjalankan tugas mereka sepertimana yang telah dirancang.
Sekalung tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru terutamanya Jawatankuasa Panduan Pengurusan Sekolah 2024 yang telah menghasilkan panduan ini dengan jayanya.
Ini merupakan bukti kepada kerja sepasukan dan pemuafakatan antara pihak pengurusan dan semua guru di sekolah ini. Dengan adanya panduan dan tugasan yang telah ditetapkan, diharapkan kecemerlangan dan kegemilangan sekolah ini akan tercapai bukan sahaja pada tahun 2024 tetapi kesinambunganya berterusan sehingga kepada generasi warga sekolah yang akan datang.
Sebagai memenuhi hasrat dan aspirasi negara, tugas guru merupakan tonggak utama dan tulang belakang dalam melahirkan modal insan kelas pertama yang bertaraf dunia, justeru apa jua tugas dan peranan yang diberikan harap dapat dipikul dengan penuh keikhlasan dan kejujuran sebagaimana ikrar dan janji seorang guru untuk mebina bangsa yang bersahsiah, berketerampilan dan berilmu.
Semoga tahun 2024 ini, memberikan kekuatan dan keiltizaman yang jitu dalam kalangan warga pendidik SK Kebagu dalam menjalani tugas sebagai seorang pendidik dan juga Pemacu kejayaan anak bangsa.
Akhirulkalam, jadikanlah diri kita sebagai matahari yang bercahaya pada waktu siang untuk menerangi orang lain dan
bulan yang bersinar ada waktu malam untuk menyuluh kegelapan yang kelam dengan kilauan yang bergemerlapan.
Sekian, terima kasih.
NORMAH BINTI HJ. ABDULLAH
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
SK Kebagu, Kota Kinabalu