HAL EHWAL MURID

UCAPAN  ALUAN PENOLONG KANAN  HAL EHWAL MURID

Portal Pembelajaran

SK KEBAGU

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.


Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad (SAW) serta keluarga dan para sahabat baginda. Syabas dan terima kasih kepada semua warga SK Kebagu yang telah pun bersedia dari segi fizikal , mental dan emosi untuk berkhidmat bagi sesi persekolahan 2024.


Marilah kita sama-sama menerima dan menghayati serta melaksanakan setiap intipati yang tersurat dan tersirat dalam Buku Pengurusan HEM ini. Kesemuanya boleh memandu arah dan menjadi landasan kerja buat kita di sepanjang tahun 2024 ini. Ianya juga boleh dijadikan plan tindakan dalam menterjemahkan tugasan kita agar lebih cekap dan sistematik.


Kajian menunjukkan bahawa terdapat perkaitan antara disiplin dengan pencapaian sekolah dan pelajar. Justeru, Bahagian HEM perlu mengorak langkah yang padu bagi merealisasikan Motto HEM ”Murid Didahulukan, Disiplin Dan Akhlak Diutamakan”.

Bersama niat dan tekad yang tulus, kita mesti berazam untuk mencipta sejarah kegemilangan kita sendiri yang berfokuskan kepada visi dan misi yang telah pun disepakati. Kita mestilah bersikap jujur, amanah, bersungguh-sungguh dan komited dengan tugas serta mesti bersemangat ” Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing ” dan bergerak dalam satu pasukan yang mantap bercirikan budaya kerja cemerlang.


Rasa kesepakatan dan kebertanggungjawaban dalam setiap pelaksanaan program harus tersemat di hati setiap antara kita. Harus kita sedar, kejayaan kita sentiasa ditunggu-tunggu malah ada yang terlalu mengharap. Semoga kita semua dapat menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan ini dengan sempurna.


Kejayaan, Insya Allah bakal milik kita.​


Sekian, terima kasih.



DANIAH BINTI DARMANSHAH

PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

SK Kebagu, Kota Kinabalu



data berakhir Mac 2024

KEHADIRAN MURID