1. Sebagai pensyarah yang secara relatifnya baharu, saya mengambil pendekatan bersederhana dalam penggunaan Google Site sebagai elemen utama DLO yang dapat berikan impak tinggi.
2. Sebagai alumni PISMP, melalui program yang hampir sama, saya sentiasa meletakkan diri saya dalam posisi para pelajar.
3. Untuk itu, saya menerapkan beberapa elemen utama dalam pembangunan DLO ini;
a) Konsep minimalis dan mudah diakses.
b) Berbantukan bahan-bahan e-pembelajaran yang dapat menyokong aktiviti tutorial.
c) Aktiviti tutorial dan bahan e-Pembelajaran yang mirip dengan keadaan sebenar profession perguruan semasa.
d) Menggunakan elemen dan sumber yang berada pada paras sederhana bagi mengetahui bukan aras, tetapi spektrum literasi ICT para pelajar berada di kawasan mana.
3. Cadangan penambahbaikan untuk diri sendiri:
a) Meneroka potensi kebolehrangkaian kursus dengan kursus yang lain sebagai usaha untuk mencapai status DLO berimpak tinggi.
b) Menggunakan elemen digital semaksimum mungkin dalam proses pembelajaran termasuk dokumentasi fail, hasil tutorial dan pentaksiran berterusan.
c) Meneroka elemen lain selain minimalis dalam penghasilan DLO yang mempunyai paparan antara muka yang menarik.
d) Meneroka dan menggunakan lebih 30+ aplikasi atau laman web pihak ketiga sebagai bahan tutorial abgi dimuatkan ke dalam DLO.
Pengalaman bermakna dapat dicetuskan oleh guru yang berkualiti. Berkualiti yang dimaksudkan adalah guru yang mempunyai sahsiah terpuji (Topik 7) serta mampu menaakul kandungan mata pelajaran Sejarah (Topik 1 - 4) sebagai usaha menghasilkan murid yang mempunyai dimensi kewarganegaraan yang berimpak (Topik 5). Dengan mendepani kandungan mata pelajaran serta kesan dimensi kewarganegaraan dari perspektif global, seseorang guru akan berfikiran rasional, matang dan ke hadapan. Bagi mencapai hajat tersebut seseorang guru perlulah mengambil bahagian dalam pengurusan panitia Sejarah (Topik 6) yang efisyen dan bermatlamat.
Sehubungan dengan itu, susunan 'Big Idea' bagi kursus ini dibuat bagi menghasilkan bakal guru yang ada ciri-ciri Kompetensi Global 6C. Sepanjang menjalankan kursus ini terhadap para pelajar, saya mendapati bahawa para pelajar kursus ini sangat berpotensi untuk digilap menjadi guru yang dapat memberikan pengalaman bermakna di dalam bilik darjah kelak. Mereka memerlukan panduan, bimbingan dan nasihat untuk mendepani realiti sebenar dunia pendidikan dan dalam masa yang sama, mereka sendiri ada nilai kegigihan dalam mencari ilmu-ilmu yang berkaitan dengan pengajian kursus ini sekaligus mencerminkan keperibadian srikandi IPGKPM yang berintegriti dalam pencarian ilmu.