SENADA

DINAMIK.YAKIN.INOVASI

KOKURIKULUM


MATLAMAT KOKURIKULUM

Unit KOKURIKULUM SK Saujana Impian 2 memberikan pendidikan yang berkualiti dan berkesan untuk membangunkan potensi murid agar menjadi insan yang cemerlang dari segi mental, fizikal dan emosi kearah kecemerlangan dalam kokurikulum dan sukan ke tahap tertinggi.

OBJEKTIF KOKURIKULUM

1. Membina dan mengukuhkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam semua aktiviti kokurikulum dan sukan.

2. Memantapkan kemahiran berfikir dalam kalangan murid semasa melaksanakan pengurusan persatuan/kelab/unit beruniform dan semasa terlibat dalam aktiviti kokurikulum serta dalam pertandingan.

3. Membina dan mengukuhkan kemahiran kepimpinan dalam kalangan murid agar menjadi pemimpin yang berwibawa dalam aktiviti kokurikulum.

4. Meningkatkan kemahiran berbahasa murid dalam Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

5. Melahirkan murid bersahsiah tinggi yang berakhlak, beretika dan patuh kepada ajaran agama dan bangsa.

6. Memantapkan murid yang mempunyai jati diri dan kecintaan kepada Negara.

7. Memperkembangkan potensi dan bakat murid kearah peningkatan pencapaian kokurikulum dan sukan pada peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

8. Meningkatkan kualiti pengurusan kokurikulum dari segi pematuhan, ketetapan, perubahan positif dan keselarasan dalam pelaksanaan kokurikulum sekolah.

9. Pemantapan pengurusan unit kokurikulum bagi memastikan penglibatan murid secara menyeluruh dan pengukuhan pembelajaran dalam bilik darjah.