RPH PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 4
RPH PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 4
BAHAN SET INDUKSI
Jigsaw Puzzle ini boleh dicetak dan dilekatkan atas kad manila.
Kad manila itu dipotong mengikut panduan garisan yang terdapat pada jigsaw puzzle tersebut.
Setiap kumpulan akan mendapat satu set jigsaw puzzle.
Kumpulan terawal yang berjaya menyelesaikan jigsaw puzzle tersebut akan mendapat peneguhan berbentuk kek cawan untuk setiap ahli dalam kumpulan.
Guru akan memperkenalkan tajuk dan tema yang akan dipelajari pada hari tersebut iaitu stensilan dan "Warna - Warni Kek Cawan".
BAHAN LANGKAH 1
Slaid Konsep dan Teknik Penghasilan Stensilan
Slaid Contoh Blok Stensil dan Kek Cawan
Guru akan menerangkan tentang konsep dan cara penghasilan stensilan dengan menggunakan slaid Canva.
Guru akan menunjukkan beberapa contoh blok stensil berbentuk kek cawan dan gambar kek cawan dengan menggunakan slaid Canva untuk menjana pemikiran idea kreatif murid semasa menghasilkan karya corak stensilan.
Guru akan menunjukkan beberapa hasil karya stensilan kek cawan kepada murid - murid sebagai rujukan.
BAHAN LANGKAH 2
Guru akan mengedarkan helaian kertas lukisan kepada semua murid.
Guru perlu membimbing murid untuk melakar bentuk - bentuk yang terdapat pada kek cawan di atas kertas lukisan mengikut kreativiti masing - masing.
Kertas lukisan tersebut akan dipotong mengikut bentuk yang telah dilukis untuk menghasilkan blok stensilan dengan menggunakan gunting.
Guru haruslah mengingatkan murid agar berhati - hati ketika menggunakan alatan tajam.
BAHAN LANGKAH 3
Guru perlu menyediakan alatan dan bahan seperti dalam gambar rajah di sebelah.
Guru akan mengedarkan kertas lukisan yang baru sebagai media untuk menghasilkan stensilan.
Guru akan memberi bimbingan kepada murid untuk mewarnakan rupa positif mengikut corak yang dihasilkan sama adadengan teknik lorekan, mengecap dan mewarna dengan pensil warna mengikut kreativiti masing - masing.
Karya murid yang menggunakan warna air perlu dijemur terlebih dahulu di bawah cahaya matahari.
Setelah siap, murid akan menulis nama di bahagian bawah kertas lukisan.
Guru perlu mengingatkan murid supaya menjaga kebersihan ketika menghasilkan stensilan.
BAHAN PENUTUP
Guru meminta wakil daripada setiap kumpulan untuk datang ke hadapan dan menceritakan hasil karya mereka dari segi warna, bentuk dan teknik yang digunakan untuk mewarna.
Wakil - wakil murid tersebut juga dikehendaki mengulas tentang hasil karya rakan mereka.
Guru akan memberikan peneguhan kepada wakil - wakil kumpulan tersebut.
Guru akan bertanyakan soalan kepada murid untuk merumuskan topik pembelajaran.
Contoh soalan :
Apakah corak lain yang boleh dihasilkan dengan menggunakan teknik stensilan selain daripada kek cawan?
Bagaimanakah teknik stensil digunakan sebagai hiasan dalam bidang pembuatan makanan dan minuman?