Bidang membuat corak dan rekaan pula membolehkan pelajar mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan kehidupan seharian. Kegiatan ini memberi peluang kepada mereka memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. Bahagian ini juga menekankan kegiatan mengenal motif dan olahannya untuk menghasilkan rekaan corak tertentu. Kegiatan ini memberi peluang kepada murid membuat rekaan corak tidak terancang, corak terancang dan juga corak tradisional dengan teknik tertentu. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pergerakan, peragaan dan lakonan.
Antara teknik Bidang Membuat Corak dan Rekaan Tahun 4 :
Pualaman merupakan salah satu aktiviti dalam bidang membuat corak dan rekaan. Pualaman ialah teknik menghasilkan corak secara tidak terancang. Karya ini dihasilkan melalui proses pengasingan cat berasaskan minyak air. Unsur seni yang terdapat pada karya pualaman ialah warna, garisan dan pergerakan.
Stensilan menggunakan rupa bentuk gambar yang dikeluarkan dari alat stensil dengan sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut.Apabila bahan warna disapu di atas stensil yang diletakkan atas kertas, bahan warna akan melalui ruang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas.Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan.