RPH PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 4
RPH PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 4
BAHAN SET INDUKSI
Wakil setiap kumpulan akan mendapat satu watak robot dan perlu melakonkan gerak geri robot berkenaan selama 30 saat
Contoh watak robot :
Robot chef
Robot doktor
Robot guru
Robot askar
Robot pelayan restauran
Kumpulan lain perlu meneka watak robot yang dilakonkan
Peneguhan berbentuk bintang (sticker) akan dilekatkan pada Papan Ganjaran PSV bagi kumpulan yang berjaya meneka watak robot dengan betul
BAHAN LANGKAH 1
JENIS - JENIS BAHAN BOLEH DIKITAR SEMULA
SLAID PEMBELAJARAN CANVA
Guru akan memaparkan video Youtube tentang jenis – jenis bahan yang boleh dikitar semula kepada murid – murid.
Guru akan menerangkan jenis – jenis bahan cantuman dan kesesuaiannya untuk melekatkan bahan – bahan kitar semula dengan menggunakan slaid Canva.
LANGKAH 2
Murid perlu membuat lakaran robot mengikut jenis pekerjaan robot yang didapati semasa di set induksi
Guru akan memilih lakaran yang terbaik bagi setiap kumpulan
Gambar di sebelah kiri ialah contoh lakaran idea sebagai rujukan
LANGKAH 3
Guru perlu menyediakan bahan - bahan cantuman untuk kegunaan murid seperti gambar di sebelah kiri.
Bahan - bahan kitar semula seperti botol, kadbod, bekas gulungan tisu, penutup botol, tin dan karton telur perlu dibawa sendiri oleh murid.
Setiap ahli kumpulan akan ditugaskan untuk membuat bahagian kepala, badan, tangan, kaki dan hiasan pada arca robot tersebut.
Kesemua bahagian robot itu akan dicantumkan dengan menggunakan bahan pelekat yang sesuai.
Guru hendaklah memastikan murid mengemas semula alatan, bahan dan tempat kerja dengan rapi.
BAHAN PENUTUP
Arca robot yang telah siap dibina akan diletakkan di atas meja guru untuk dipamerkan kepada seluruh kelas.
Guru akan memberikan komen mengenai setiap arca robot berdasarkan kekemasan, kreativiti dan kerjasama ahli kumpulan.
Komen tersebut akan ditulis pada borang penilaian dan diberikan markah bagi setiap kriteria.
Guru akan merumuskan topik pembelajaran dengan bertanyakan beberapa soalan kepada murid seperti :
Apakah arca lain yang boleh dibina selain daripada robot ?
Apakah kebaikan menggunakan bahan kitar semula untuk menghasilkan produk baharu?
Bagaimanakah cara bagi memastikan alam sekitar terjaga?
Arca robot yang dihasilkan serta borang penilaian akan dipamerkan di sudut PSV di belakang kelas.