PN. SANISAH BINTI AHMAD
PENGETUA SMK SERI PENGKALAN
SEKELUMIT CETUSAN MINDA
DARI KACA MATA SEORANG PEMIMPIN SEKOLAH ABAD KE-21
Indah berbalam si awan petang
Berarak di celah pepohon ara
Pemanis kalam selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Melakaku Maju Jaya Rakyat Bahagia Menggamit Dunia, Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat, Salam Kementerian Pendidikan Malaysia – Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara, Negara Sejahtera, Salam Jabatan Pendidikan Melaka – Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera – SMK SERI PENGKALAN JENAMA KERAJAAN NO.1.
Syukur Alhamdulillah, dengan keizinan dan inayah-Nya jua, Buku Perancangan dan Takwim
Sekolah 2025/2026 telah dapat disempurnakan dengan jayanya sebagai rujukan dan garis panduan kita bersama. Saya juga amat berbesar hati kerana diberikan peluang untuk menitipkan wacana dalam ruangan kata aluan ini. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih ditujukan kepada semua pihak yang terlibat khasnya kepada semua Ahli Jawatankuasa Perancangan Takwim Sekolah 2025/2026 atas usaha jitu dalam memastikan buku ini disediakan dan dapat digunakan tepat pada masanya. Sesungguhnya kerja berpasukan yang dilaksanakan dengan penuh dedikasi dan keikhlasan, pasti menghasilkan kejayaan.
Harapan saya, Buku Perancangan dan Takwim Sekolah 2025 ini menjadi rujukan utama warga Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pengkalan dalam melaksanakan segala tugas yang diamanahkan secara efisien dan berfokus. Kita semua perlu memainkan peranan yang penting dalam menggalas visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta menjadi nadi penggerak kepada kejayaan murid-murid sehingga ke peringkat yang lebih tinggi terutamanya dalam bidang pendidikan pendigitalan yang menjadi trend masa kini. KPM berhasrat agar
pelaksanaan dasar ini dapat merealisasikan iltizam dan aspirasi kementerian untuk menyampaikan perkhidmatan pendidikan yang berkualiti dan unggul.
Manfaatkanlah buku ini sebagai rujukan dan pegangan dalam melaksanakan semua program yang dirancang. Berbekalkan semangat juang yang tinggi diharapkan juga guru-guru dapat berganding bahu sesama rakan sejawat untuk merealisasikan objektif, misi dan visi sekolah pada alaf yang serba mencabar ini. Semoga pada sesi 2025/2026 ini, kita berjaya mencapai kecemerlangan dalam aspek kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid.
Akhir kalam, saya ingin mengucapkan selamat menjalankan tugas kepada semua warga SMKSP. Sentiasalah kita bergerak sebagai satu pasukan dalam usaha untuk mencapai kecemerlangan sekolah, bak kata pepatah "Satu jari tidak dapat mengangkat batu, tetapi lima jari yang bersatu mampu mengangkat gunung .״
Sekian, wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum, warahmatullahi, wabarakatuh.
“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“MELAKAKU MAJU JAYA, RAKYAT BAHAGIA, MENGGAMIT DUNIA”
“BIJAK LAKSANA TUAH, BERANI LAKSANA JEBAT”
Saya yang menjalankan amanah,
Sanisah
................................................
(SANISAH BINTI AHMAD)
Pengetua
SMK. Seri Pengkalan, Alor Gajah, Melaka.
“Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”